top of page

Menangani Cabaran Covid 19: Perspektif Rakyat


Oleh: Mustaffa Kamil Ayub


ULASAN: Pandemik Covid 19 telah menggegarkan masyarakat dunia daripada pelbagai lapisan. Tidak keterlaluan, ia juga memberikan kesan terhadap norma tamadun dan teknologi moden hari ini.


Ia menjadi cabaran terbesar serta kemampuan menanganinya merupakan faktor penting dalam meneruskan kelangsungan pembinaan insan, masyarakat, negara dan tamadun.


Sesungguhnya tahap keresahan, kebimbangan dan ketidakpastian terus melanda rakyat Malaysia. Ini dapat disaksikan antaranya dengan penyusutan pendapatan yang ketara, penutupan masjid, kes-kes kelaparan, gerakan Bendera Putih, stres hingga ke tahap bunuh diri dan seumpamanya.


Justeru, beberapa rumusan dan cadangan yang dapat dicatatkan termasuklah;


1. Bantuan kewangan, barangan dan sokongan tambahan kepada rakyat perlulah lebih berkesan, mencukupi dan menyeluruh kepada yang memerlukan. Hakikat keperluan bantuan ini amat mendesak akibat hilang pekerjaan, kesukaran pengoperasian, keterbatasan pemasaran barangan dan seumpamanya.


2. Perkasakan peranan NGO terutama untuk menjejaki yang tertinggal sama ada keperluan makanan, keperluan harian, kaunseling psikologi, nasihat pengurusan kewangan dan seumpamanya.


3. Sektor-sektor yang terus membuat keuntungan besar selama ini terutama perbankan mestilah sedia lebih ke hadapan berkorban menghadapi cabaran ini dengan pelbagai strategi membantu rakyat.


4. Pihak yang bertanggung jawab perlu lebih telus dalam menangani pandemik ini sama ada di segi perbelanjaan wang negara, angka dan analisa data dan seumpamanya.


5. Keperluan keseragaman dalam SOP. Jangan wujud "double standard" dalam perlaksanaan SOP antara yang kaya dan miskin, antara yang berjawatan tinggi dan rendah, serta antara peniaga kecil dan peniaga/kilang besar.


6. Menangani kebimbangan sejumlah rakyat terhadap tahap keselamatan dan kesan sampingan jangka pendek, sederhana dan panjang dengan status vaksin yang ada. Ada pelbagai isu yang berlegar dalam hal ini.


7. Pendekatan amalan pemakanan kesihatan alami dalam meningkatkan imuniti rakyat perlulah dipertimbangkan. Tidak rugi jika ianya digalakkan sebagai agenda nasional dalam meningkatkan tahap kesihatan rakyat. Ada banyak perbahanan tempatan yang tersedia.


8. Rakyat perlu diberikan pilihan dalam meningkatkan imuniti diri. Jangan label mana-mana pihak secara sinikal sebagai pro vaksin atau anti vaksin. Dapatkan fakta sebenar dan inklusif dalam membuat polisi dan SOP.


Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama membina sikap yang betul menghadapi ujian dan menangani cabaran Covid 19.


Sikap sabar, tidak keluh kesah, berikhtiar, berdoa dan reda dengan ujian ini amat penting seperti saranan al Quran, hadith dan agama. Semangat membantu, kepekaan dan kepedulian secara bermasyarakat juga adalah sikap yang amat dipuji.

_________________________________________________________________________________


Penulis merupakan Presiden Persatuan Rapat Rakyat (RAPAT)

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page