top of page

Manifesto PH Johor lahir di sebalik suara rakyat marhaen - Dr Maszlee

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • 2 days ago
  • 2 min read
Dr Maszlee membacakan manifesto PH yang menawarkan kesejahteraan buat semua Bangsa Johor
Dr Maszlee membacakan manifesto PH yang menawarkan kesejahteraan buat semua Bangsa Johor

Manifesto Pakatan Harapan (PH) bukan lahir di sebalik pintu bilik berhawa dingin dan 'syok sendiri', sebaliknya dibentuk daripada denyut nadi, keluh kesah dan harapan rakyat Johor, kata calon PH Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik.


Dr Maszlee menyifatkan manifesto itu lahir daripada suara rakyat kerana PH adalah parti yang membawa suara rakyat, hidup bersama derita rakyat serta memahami keluh kesah mereka dengan matlamat untuk memerintah atas nama rakyat.


"Ia lahir daripada keluhan anak muda yang masih mencari pekerjaan dengan gaji yang lebih baik tanpa perlu melintasi tambak Johor seawal 5 pagi.


"Ia lahir daripada ibu bapa muda yang semakin sukar untuk membeli rumah pertama mereka. Ia lahir daripada usahawan kecil yang mahu berkembang (dan ) ia lahir daripada pekerja yang berulang alik ke Singapura setiap hari.


"Ia lahir daripada golongan OKU yang inginkan supaya nasib mereka lebih terbela, ia lahir daripada segenap rakyat Johor sama ada dari kampung, desa, bandar, rumah murah, FELDA dan sebagainya," katanya.


Beliau berkata demikian ketika majlis Peluncuran Manifesto Harapan Johor Untuk Semua yang diadakan di Johor Bahru hari ini sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.


Pelancaran manifesto itu disempurnakan oleh Ahli Majlis Presiden PH yang juga Pengarah Bersama Pilihan Raya KEADILAN, Datuk Seri Amirudin Shari.


Turut hadir, Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan; Pengerusi KEADILAN Johor Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa; Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching dan calon-calon gabungan itu yang akan bertanding pada PRN berkenaan.


Menurut Maszlee yang juga mantan Menteri Pendidikan, manifesto yang dibawa itu bertujuan memastikan kemajuan dapat dikongsi, kemakmuran dapat dirasai dan masa depan yang lebih terjamin dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Johor tanpa mengira sama ada mereka berada di Johor Bahru, Kulai, Senai, Pasir Gudang atau mana-mana kawasan lain.


PH menggariskan 10 tawaran utama dalam manifesto pada PRN Johor kali ini yang memberi tumpuan kepada kos sara hidup, pemilikan rumah, peluang pekerjaan, pendidikan, kesihatan serta pembangunan ekonomi negeri.



Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page