top of page

Malaysia berpotensi ulangi kegemilangan 1990an, pimpin negara berkecuali

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 2 min read


Oleh: Akmal manaf


Kerajaan MADANI pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di landasan yang betul dan berpotensi untuk mengangkat kembali nama Malaysia di mata dunia seperti era 1990-an sebagai negara bersuara lantang dan berkecuali.


Penganalisis politik dari Universiti Malaya (UM), Datuk Prof Dr Awang Azman Awang Pawi (gambar) bagaimanapun berkata, matlamat itu perlu dibina dengan naratif jangka panjang, konsistensi nilai, dan kekuatan dalam negeri yang nyata, bukannya sekadar diplomasi simbolik.


Beliau berpandangan, untuk mencapai tahap ‘gemilang’ ketika era 1990-an itu, kerajaan perlu memberikan tumpuan kepada tiga perkara.


''Pertama tentang konsistensi naratif dan dasar luar. Jika dasar berkecuali ini hanya bersifat simbolik tanpa pendirian kukuh dalam isu-isu antarabangsa (seperti Palestin, MH17, atau global south reforms), Malaysia hanya akan dilihat sebagai ‘pengikut pasif’.


''Kedua adalah mengenai pemerkasaan diplomasi ekonomi dan budaya.. ia perlu digerakkan secara menyeluruh, tidak cukup hanya pemimpin bertemu pemimpin, tetapi perlu digandakan soft power melalui budaya, pendidikan, pelaburan diaspora, dan teknologi.


''Tumpuan ketiga ialah terhadap stabiliti dalaman dan kemampanan ekonomi. Tanpa kestabilan politik dan keyakinan pelabur, kekuatan luar tidak akan mampu bertahan.


''Era Tun Dr Mahathir (1990-an) berjaya kerana disokong pembangunan pesat dalam negara,'' katanya ketika dihubungi Suara Keadilan, hari ini.


Beliau berkata demikian apabila ditanya adakah Anwar akan mengembalikan zaman kegemilangan Malaysia seperti era 1990-an yang dipandang tinggi di mata dunia.


Ia susulan Malaysia kembali dikenali di pentas antarabangsa selepas Anwar yang juga Presiden KEADILAN memperkenalkan dasar berkecuali dengan lawatan kerja bersama delegasi kerajaan ke Rusia ketika ini.


Ujar beliau lagi, Anwar kini menggerakkan semula pendekatan berkecuali aktif dengan lawatan ke negara-negara besar seperti Rusia dan China, namun pada masa sama turut mengekalkan hubungan baik dengan Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU).


Pendekatan itu, katanya, mirip 'hedging diplomacy', yang cuba mengimbangi kuasa-kuasa besar sambil memanfaatkan ruang untuk Malaysia berdikari dan bersuara secara bebas.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page