top of page

Mahu Kukuhkan Islam: Kenyataan Presiden Pas Cenderung Ke Arah Perpecahan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 16
  • 3 min read

Updated: Apr 17



Oleh: Ust Zaidi Hj Tohirin


ULASAN: Kemeriahan, keharmonian dan kegembiraan sambutan Hari Raya Aidil Fitri di seluruh negara agak tersentak oleh cetusan minda Presiden Pas TS Hj Abdul Hadi Awang yang menyeru untuk menentang dan menghapuskan perjuangan yang mahu meminggirkan Islam di negara ini.


Menurut beliau, perjuangan itu merupakan suatu bentuk pengkhianatan yang dibawa oleh beberapa buah parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana boleh merosakkan negara dan hubungan masyarakat yang berada dalam keadaan baik.


Minda Presiden Pas melalui artikel bertajuk ‘Perkukuhkan Kuasa Islam Di Malaysia Untuk Selamatkan Negara‘ sangat menggusar dan meresahkan orang ramai yang bimbang seruan beliau untuk - menentang, menghapuskan dan wajib diharamkan makhluk perosak itu - sebagai tindakan provokasi yang boleh membawa keretakkan hubungan antara kaum yang beliau sendiri sifatkan berada dalam keadaan baik.


Cenderung ke arah perpecahan


Kenyataan beliau tidak membantu untuk memperkukuhkan kuasa Islam dan menyelamatkan negara, malah cenderung ke arah perpecahan dan permusuhan antara kaum dan membawa negara ke kancah kehancuran.


Beliau memetik ayat 59 surah An-Nisa’ yang bermaksud :


Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan Taatilah Rasul (Muhammad s.a.w) dan Ulil-Amri (pemegang kekuasaan) di antara kamu. Kemudian, jika kamu berbeda pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah kepada Allah (Al-Qur’an) dan Rasul (SunnahNya), jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.“

Ust Zaidi Hj Tohirin
Ust Zaidi Hj Tohirin

Persoalannya, mengapa Hj Hadi tidak mengambil istifadah (iktibar dan pengajaran) dari ayat tersebut untuk memperkukuhkan kuasa umat Islam? Ayat tersebut ditujukan kepada orang beriman (bukan orang kafir), lalu Allah s.w.t perintahkan untuk taat kepada Allah, RasulNya dan Ulil-Amri (pemegang kekuasaan).


Mengapa Presiden Pas dan pengikutnya tidak memberi ketaatan kepada Ulil-Amri, bergabung dan mempersatukan umat? Di sanalah nanti Allah anugerahkan kekuatan, pengukuhan kekuasaan dan keselamatan kepada negara! Tidakkah Pas termasuk dalam kalangan orang yang beriman yang menjadi Khitab dalam ayat tersebut lantas mematuhi arahan dan perintah Allah untuk taat kepada Ulil-Amri?


Kalau perintah Allah dalam Al-Quran sendiri pun Pas tidak dapat tunaikan, di mana iman anda? Kepada siapa lagi untuk anda memberikan kepatuhan dan ketaatan? Ke mana anda mahu bawa pergi Pas dan ahli-ahlinya? Allah juga perintahkan, sekiranya ada perbezaan pendapat, hendaklah jadikan Quran dan Sunnah sebagai rujukan sekiranya kamu beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Soalnya, apakah anda tidak beriman kepada Allah dan hari kiamat sehingga anda abaikan formula perdamaian dan rahsia kekuatan ummah dari Allah sendiri?


Di akhir ayat tersebut Allah nyatakan dengan mentaati Allah, RasulNya dan Ulil-Amri serta rujuk kepada Quran dan Sunnah jika ada perbezaan pandangan, itu adalah akibat dan kesudahan yang terbaik yang dijanjikan Allah dan dijamin oleh Allah, mengapa Presiden Pas dan ahlinya tidak bermuhasabah dan mengakui kesalahan ini?


Mengapa mencari kesalahan kepada orang lain, melihat kelemahan kepada kaum lain tidak melihat kelemahan dan kesalahan diri sendiri?


Berhentilah menyalahkan orang lain


Ayat di atas sudah cukup untuk mencari resepi mengukuhkan kekuasaan Islam demi menyelamatkan negara. Cukup dan berhentilah dari menyalahkan orang dan kaum lain sedangkan diri sendiri pun tidak akur dengan Perintah Allah dalam Quran.


Kesombongan menyebabkan seseorang tidak nampak kebenaran malah menolak kebenaran kerana memandang hina, jijik, remeh dan merendah-rendahkan orang lain.


Jangan berani menepuk air di dulang, nanti akan terpercik ke mukanya sendiri. Jangan letakkan kesalahan kepada orang lain yang sebenarnya kesalahan itu berpunca dari diri sendiri. Janganlah kambing-hitamkan kaum lain agar mendaulatkan Islam dan perlembagaan negara kalau diri sendiri gagal mematuhi ajaran Islam yang suci, gagal mentaati dan menghormati hak pemerintah dan gagal menunaikan sumpah janji (sebagai Ahli Parlimen) mempertahankan kedaulatan undang-undang dan negara.


Jadilah orang yang tawaduk merendah diri kerana kata-kata hikmah akan muncul dari hati yang penuh ketundukan dan kewarasan. Jadilah seperti resmi padi, semakin berisi semakin tunduk dan saling menghormati.



Penulis merupakan anggota Biro Agama Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (Sekpur) dan Yang Dipertua NGO Persuna.

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page