Mahasiswa Selangor jadi ejen bawa aspirasi negeri ke antarabangsa
- Suara Keadilan

- May 9
- 1 min read

Mahasiswa Selangor di luar negara diseru agar tampil sebagai ejen perubahan yang mampu membawa suara serta aspirasi negeri ke peringkat antarabangsa.
Menurut Menteri Besar (MB) Datuk Seri Amirudin Shari, peranan golongan mahasiswa perlu terus diperkasa melalui program pembangunan kepimpinan, termasuk perkongsian idea dan ilmu seperti yang diketengahkan menerusi Konvensyen Mahasiswa Selangor.
Perkara itu disampaikan ketika merasmikan Konvensyen Mahasiswa Selangor Luar Negara Australia (KOMSEL) 2026 melalui rakaman yang disiarkan pada majlis di ParkRoyal Darling Harbour, Sydney.
"Konvensyen seperti ini merupakan platform yang sangat strategik untuk menghimpunkan mahasiswa bagi memperkukuh jaringan, perkongsian ilmu serta pembangunan kepimpinan.
"Penganjurannya juga wadah menyatukan idea selain mengukuhkan jati diri dan memperkasa peranan mahasiswa sebagai ejen perubahan yang membawa suara negeri ke peringkat antarabangsa," kata Amirudin menurut laporan Selangorkini.
Konvensyen bertemakan ‘Inovator Muda Mencorak Masa Depan Malaysia’ itu bermula 7 hingga 10 Mei itu menghimpunkan lebih 140 mahasiswa dari 12 universiti di empat negeri di Australia.
Antara pengisian program termasuk sesi perkongsian Yayasan MBI, Dialog Masa Depan Selangor, Seminar Inovasi, Syarahan Kebangsaan, pembentangan cabaran inovator muda serta kursus Google anjuran Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC).
Program dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, Dato’ Ts Saipolyazan M Yusop; Ketua Yayasan MBI, Ahmad Azri Zainal Nor dan Ketua Pegawai Eksekutif Media Selangor, Mohamed Fareed Mohamed Ashaaree.
Edisi kelima KOMSEL memilih Australia sebagai lokasi penganjuran berbanding Timur Tengah sebagai usaha pentadbiran negeri menyantuni lebih ramai pelajar Selangor.




https://tylekeo.design/ mình ghé thử vì đang muốn hiểu lại mấy khái niệm kèo bóng đá với tỷ lệ kèo cho đỡ mù mờ. Trang này viết kiểu dễ đọc, không làm màu, giải thích tỷ lệ kèo như con số thể hiện khả năng xảy ra của một kèo nên mình bắt nhịp khá nhanh. Mình cũng thích là họ không nhồi chữ, mỗi đoạn chia ra gọn gàng nên đọc lướt vẫn nắm được ý. Lúc kéo xuống thấy họ nói thêm kèo bóng là dạng cược dự đoán kết quả trận đấu, nghe đơn giản vậy mà nhiều chỗ khác hay giải thích rối. Nói chung cảm giác như đang đọc một bài hướng dẫn nhẹ nhàng chứ…