MADANI Mart Jual Barang Murah, Galak Perniagaan Tempatan
- Suara Keadilan

- 4 hours ago
- 2 min read

Oleh: Shahbudin Embun
ULASAN: Saya sokong usaha Yayasan MADANI serta niat baik yayasan mencari dana secara sah tanpa melibatkan dana awam dalam mengoperasikan rangkaian kedai MADANI Mart di seluruh negara tanpa penglibatan kewangan kerajaan.
Usaha ini sangat baik kerana perniagaan runcit MADANI Mart ini mempunyai pusingan tunai yang laju dan tidak mungkin 'tutup kedai' melainkan terdapat kes penyelewengan atau pengurusan yang lemah.
Perniagaan runcit bangsa asing
Dalam pengalaman saya dan mengenali rangkaian perniagaan borong milik bangsa asing yang bertapak di negara kita dengan premis yang besar serta menimport barang barang jualan dari luar negara serta memilikki bilik sejuk beku, lori dan van yang lebih 200 buah bergerak di seluruh Semenanjung, perjalanan perniagaan barangan harian mereka tidak pernah merugikan.

Begitu juga saya mengenali seorang usahawan dari Qatar yang pernah ketemu Perdana Menteri (PMX) semasa beliau membuat lawatan tiga tahun dulu di sana, usahawan itu telahpun memiliki rangkaian hotel di Malaysia. Dia juga telah membeli beberapa rangkaian mart di sekitar Lembah Klang.
Ini bermakna perniagaan mart ini mengutungkan dan praktikal. Kita sepatutnya mengambil peluang yang terhidang luas dalam perniagaan MADANI Mart ini.
Anak tempatan rebut peluang
Jika orang luar datang ke sini memajukan perniagaan borong dan runcit sehingga kaya raya dan berjuta juta ringgit perolehan pendapatan, maka kita di sini, rakyat tempatan, orang Melayu sepatutya memajukan diri dengan perniagaan.
Jangan pula kita mensabotaj MADANI Mart dengan alasan perbezaan pandangan dan politik.
Saya menyokong inisiatif kerajaan ini, sama ada untuk menjual barangan harian dengan harga murah kepada rakyat mahupun membantu orang Melayu berniaga.
Saya ingin lihat semoga entiti ini menjadi konglomerat perniagaan Malaysia dan terlibat juga dalam perniagaan import, eksport termasuk dari segi perniagaan borong.
Pengerusi Biro Politik SekPur serta Pengerusi Biro Kepimpinan dan Pentadbiran Kerajaan MPM




Comments