top of page

Lantikan Ketua Polis Negara 'potong Q': Hujah pembangkang tersasar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 30
  • 2 min read

Oleh: Akmal Manaf


Isu pelantikan Ketua Polis Negara (KPN) ke-15, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail yang kononnya 'potong Q' terus dari jawatan Ketua Cawangan Khas menggambarkan betapa dangkalnya naratif yang dibina pembangkang tanpa menyemak fakta sejarah.


Susulan itu, aktivis Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Mohd Hisyamuddin Ghazali tampil menyingkap kembali sejarah pelantikan KPN sebelum ini bagi menjelaskan kekeliruan berhubung dakwaan 'lompat tangga' itu.


''Ini bukan kes pertama 'lompat tangga' jadi KPN. Ini merupakan senarai tokoh hebat Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang tidak ikut turutan jawatan tradisi tetapi dilantik atas dasar merit, prestasi dan kelayakan.


''Tan Sri Abdul Hamid Bador dari Cawangan Khas terus ke KPN ke-12 dan lantikan itu dilakukan pada zaman Tun Dr Mahathir sebelum ini tanpa sebarang isu.

Mohd Hisyamuddin Ghazali
Mohd Hisyamuddin Ghazali

''Tun Mohammed Hanif Omar (Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah) dilantik menjadi KPN ke-4 pada usia muda 35 tahun.


''Kemudian Ketua Cawangan Khas, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun pula dilantik KPN ke-11,'' jelas beliau dalam satu muat naik di Facebook.


Beliau yang juga dikenali sebagai Syam Ghaz menegaskan, lantikan yang dibuat adalah selaras prinsip profesionalisme dan keselamatan negara, bukannya tekanan politik.


Katanya, pelantikan jawatan KPN bukan bidang kuasa politik, sebaliknya kuasa Perlembagaan dan dibuat berdasarkan prinsip profesionalisme.


''Mengikut Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan, pelantikan KPN dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) atas nasihat Perdana Menteri (PM).


''Cadangan dibuat oleh Suruhanjaya Pasukan Polis, bukan sesuka hati Menteri.


''Bukan soal siapa lama, siapa senior, tetapi soal siapa paling layak berdasarkan keperluan keselamatan semasa,'' katanya lagi.


Malah Syam Ghaz menegaskan, keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar dan Menteri Dalam Negeri tidak salah, dan merupakan keputusan strategik.


''Dalam dunia hari ini, ancaman bukan jenayah fizikal sahaja tapi melibatkan risikan, sabotaj, hibrid war dan perpecahan dalam pasukan keselamatan.


''Siapa lebih faham, Cawangan Khas lebih strategik kawal kestabilan negara dan Khalid adalah aset PDRM dalam dunia keselamatan hibrid.


''PMX dan Saifuddin tidak angkat orang politik, mereka angkat tokoh keselamatan.


''Yang marah sebab ‘potong Q’ mungkin sebab Q itu untuk kepentingan diri bukan untuk negara,'' tempelak beliau.

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page