Pemukiman KEADILAN Hang Tuah Jaya perkuat gerakan akar umbi


Pemukiman KEADILAN Cabang Hang Tuah Jaya yang berlangsung selama dua hari pada 7 dan 8 Februari lalu menjadi medan penting memperkukuh kesepaduan, kefahaman serta kesiapsiagaan anggota parti terutamanya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang bakal tiba.
Walaupun tidak melibatkan kehadiran semua pimpinan cabang, program tersebut tetap berfungsi sebagai platform strategik untuk menyelaras gerak kerja serta memperkemaskan peranan pimpinan, sayap dan akar umbi KEADILAN peringkat cabang.
Ketua Penerangan KEADILAN Hang Tuah Jaya, Ts Yazid Borhan berkata, komitmen peserta dalam pemukiman jelas membuktikan kesungguhan anggota untuk memastikan cabang terus kukuh dan relevan.
"Program ini menghimpunkan kepimpinan cabang, Wanita, Angkatan Muda KEADILAN serta sebahagian pimpinan ranting yang hadir.

"Terdapat peserta yang menempuh perjalanan dari Melaka ke kawasan program di sekitar Negeri Sembilan dengan menaiki motosikal, meredah perjalanan lebih satu jam demi memastikan penglibatan dan kebersamaan dalam program ini.
"Inilah bukti kesungguhan untuk memastikan KEADILAN Cabang Hang Tuah Jaya terus kekal relevan dan berpaksikan perjuangan rakyat," katanya dalam kenyataan.
Menurut beliau, pelaksanaan program secara berkampung sepenuhnya mencerminkan roh perjuangan sebenar tanpa sebarang kemewahan biarpun telah menjadi kerajaan.
"Tiada penginapan hotel, tiada bilik berhawa dingin. Semua peserta tidur bersama dalam satu dorm, berkongsi ruang, masa dan pengalaman. Di sinilah kebersamaan, disiplin dan kepercayaan dibina secara nyata," ujarnya.

Tambah Yazid, ketegasan serta komitmen Ketua Cabang Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, turut terserlah apabila beliau bersama peserta sepanjang dua hari program dan terlibat secara langsung dalam sesi perbincangan serta penyusunan strategi.
Sepanjang pemukiman, katanya pelbagai sesi perkongsian strategik, perbincangan kumpulan dan latihan berfokus dilaksanakan bagi memperkasakan organisasi cabang, mengukuhkan peranan sayap dan ranting serta menyusun hala tuju menghadapi PRN yang mungkin diadakan pada tahun ini.
"Inilah wajah perjuangan yang terus dibina. Berpaksikan komitmen, pengorbanan dan kesungguhan. Demi memastikan KEADILAN Hang Tuah Jaya terus kekal relevan dan bergerak ke hadapan," katanya lagi.




April has always felt like the year's soft restart, and this post captures why so many of us treat it that way. I like pairing that fresh-start energy with a quick round of krillion where only uncommon answers score. Seven prompts, 25 seconds each, no sign-up needed.
It's great to see KEADILAN Hang Tuah Jaya fostering grassroots unity and preparedness for the upcoming elections. Such initiatives are vital for strengthening party cohesion and engagement. Also, trees hate you.
In Among Us Online, seemingly simple tasks often conceal lurking dangers. Players must observe, analyze, and reason to eliminate the imposter. This is what makes Among Us Online such a captivating online entertainment game.