top of page

Sokongan, komitmen anggota KEADILAN diperlukan perkasa agenda reformasi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read


Oleh: Akmal Manaf


Semua anggota KEADILAN diseru untuk menghayati setiap teguran dan pandangan presiden dengan sikap terbuka, positif dan berlapang dada demi kepentingan bersama.


Aktivis KEADILAN Sabah, Raymond Ahuar (gambar) berkata sebarang pandangan, teguran atau perbezaan pendapat dalam parti wajar disalurkan melalui mekanisme yang telah disediakan secara beretika dan konstruktif agar dapat menyumbang kepada pengukuhan parti serta kematangan demokrasi dalaman.


"KEADILAN sentiasa menekankan budaya dialog yang sihat, saling menghormati serta semangat kebersamaan dalam meneruskan perjuangan reformasi dan membina negara.


"Tanggungjawab yang dipikul Datuk Seri Anwar dalam menerajui pentadbiran negara adalah amat besar dan mencabar.


"Justeru, sokongan, kerjasama dan komitmen padu daripada seluruh anggota parti amat diperlukan bagi memastikan agenda pentadbiran dan reformasi dapat dilaksanakan dengan berkesan," katanya dalam satu kenyataan.


Raymond berkata, proses pemilihan parti sama ada menang atau kalah serta memegang jawatan dalam kerajaan atau sebaliknya, perlu dilihat sebagai sebahagian daripada perjalanan perjuangan yang lebih besar dan bukan penentu mutlak nilai sumbangan seseorang kepada parti serta agenda reformasi.


"Semua anggota parti diseru untuk terus memberikan kepercayaan, ruang dan sokongan kepada presiden parti selaku Perdana Menteri Malaysia agar fokus kepimpinan negara kekal tertumpu kepada usaha memperjuangkan kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara.


"Semangat kesatuan, disiplin dan keinsafan bersama perlu terus diperkukuhkan agar KEADILAN kekal stabil, matang dan diyakini dalam mendepani cabaran semasa demi masa depan Malaysia yang lebih baik," ujarnya lagi.


Untuk rekod, dalam Konvensyen KEADILAN Selangor baru baru ini Presiden KEADILAN menekankan perlunya anggota dan pimpinan meneguhkan tekad membela rakyat dan bukan berlingkar dalam isu isu titik bengik atau lebih buruk isu perkauman yang hanya merugikan parti.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page