top of page

Isu rumah ibadah haram bukan baharu, kenapa PMX perlu dijatuhkan?

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 2 min read


Isu rumah ibadah yang dibina tanpa kebenaran bukan perkara baharu, sebaliknya telah berlarutan sejak berpuluh tahun lalu tetapi telah diapi apikan oleh segerombolan aktivis ke tahap yang boleh mencetuskan konflik antara agama pada era pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX).


Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor, Faezuddin Puad (gambar) berkata, amatlah tidak adil untuk meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada Kerajaan MADANI dan Perdana Menteri sedangkan isu tersebut telah lama wujud dan tidak begitu menjadi masalah kepada masyarakat majmuk.


"Isu rumah ibadah haram sebenarnya dah lama, berpuluh tahun tak boleh nak selesaikan.


"Bukannya baru berlaku ketika Kerajaan MADANI mula memerintah.


"Tetapi ketika Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri sekarang inilah ruang perbincangan dibuka dan tindakan tegas diambil bagi mengatasi masalah ini," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut beliau, usaha kerajaan untuk menyelesaikan isu berkenaan secara berhemah dan tegas seharusnya disokong, bukannya dijadikan alasan untuk menyerang kepimpinan PMX.


"Jadi nak jatuhkan Anwar Ibrahim sebab masalah yang dah berpuluh tahun berlaku ini pasal apa? Orang ini cuba selesaikan, orang ini juga nak dijatuhkan.


"Sebab itu orang ramai pertikai dan mempersoalkan motif sebenar himpunan bantah rumah ibadah haram tempoh hari. Demo bantah rumah ibadah haram tapi nak PMX dijatuhkan? Kan pelik," ujarnya.


Faezuddin turut menegaskan bahawa sepanjang pentadbiran Kerajaan MADANI, pelbagai perhimpunan termasuk yang secara terang-terangan membawa agenda ‘Turun Anwar’ telah dibenarkan berlangsung tanpa gangguan pihak berkuasa.


"Janganlah cakap PMX takut atau zalim tak benarkan rakyat berdemo. Cuma sebagai seorang Perdana Menteri, mestilah beliau tak nak berlaku ketegangan antara kaum atau agama. Sebab itulah demo anti rumah ibadah haram ini tak dibenarkan," katanya.


Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa keputusan untuk tidak membenarkan himpunan dibuat atas pertimbangan menjaga keharmonian. Malah PMX juga, katanya, tidak bertoleransi ke atas semua rumah ibadah didirkan secara haram, bukan terhad kepada masjid atau kuil sahaja.


"Hari ni PMX dengan tegas arahkan semua PBT robohkan rumah ibadah haram baik masjid, kuil, tokong dan sebagainya. Dengan keputusan PMX sekarang ini, saya mendoakan agar segala urusan beliau dipermudahkan. Kita (AMK) sokong," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page