top of page

KPM perjelas hala tuju pendidikan menerusi program TEKAD

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 1
  • 1 min read

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mahu memastikan maklumat mengenai Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035 serta hala tuju pendidikan negara disampaikan secara jelas dan menyeluruh kepada rakyat.


Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek (gambar) berkata, usaha itu akan digerakkan menerusi Program Tekad Reformasi Pendidikan (TEKAD), iaitu gerakan bersepadu bagi memastikan aspirasi dan sasaran RPM difahami serta didokong semua pihak.


"Dimulakan sejak 2023, Inisiatif ini membolehkan kementerian mengangkat suara dan harapan ibu bapa ke dalam kerangka pelan terbabit.


"Pendekatan dilaksanakan melalui pelbagai inisiatif termasuk sesi libat urus, dialog bersama ibu bapa dan guru, serta penganjuran karnival pendidikan di seluruh negara


"Sebahagian besar teras strategik dan aspirasi dalam RPM datang daripada input ibu bapa sendiri dan atas sebab itu juga, proses penerangan melalui TEKAD ini tidak boleh terhenti," katanya dipetik.


Fadhlina berkata begitu pada Program Jaulah Ramadan Menteri Pendidikan 2026 di Muar, Johor.


Mengulas lanjut, Ketua Wanita KEADILAN itu berkata, RPM 2026-2035 adalah pelan menyeluruh yang merangkumi keseluruhan ekosistem pendidikan negara yang tidak boleh dilihat secara berasingan atau tertumpu kepada satu-satu isu tertentu sahaja.


"Kementerian mahu rakyat jelas tentang sasaran yang perlu dicapai dalam tempoh 10 tahun akan datang, selain memahami manfaat pelan itu kepada murid dan guru.


KPM akan terus turun padang, termasuk melalui program seperti Jaulah Ramadan, bagi memastikan masyarakat benar-benar faham hala tuju pendidikan negara," tambah beliau.


Anwar dilaporkan berkata beliau sendiri pernah terlibat dalam aktiviti dakwah, namun menegaskan ia mesti dilakukan dengan tertib dan tidak melanggar peraturan ditetapkan pihak berkuasa.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page