top of page

Klinik kesihatan Batu Uban dinaik taraf, peruntukan kerusi tambahan diumumkan

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
5 hours ago
1 min read
Kumaresan pada Karnival Sukan Rakyat anjuran Panel Klinik Kesihatan Bukit Jambul
Kumaresan pada Karnival Sukan Rakyat anjuran Panel Klinik Kesihatan Bukit Jambul

Dua klinik kesihatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Uban, iaitu Klinik Kesihatan Sungai Dua dan Klinik Kesihatan Bukit Jambul, telah dinaik taraf bagi meningkatkan keselesaan pengunjung.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban, A Kumaresan berkata, beliau turut mengumumkan peruntukan bagi menambah kerusi untuk kegunaan pengunjung di Klinik Kesihatan Bukit Jambul tersebut.


Menurutnya, usaha menambah baik kemudahan kesihatan perlu diteruskan bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan yang lebih selesa dan berkualiti.


Beliau berkata demikian menerusi kenyataan media selepas menghadiri Karnival Sukan Rakyat anjuran Panel Klinik Kesihatan Bukit Jambul yang turut mendapat kerjasama Tadika KEMAS.


Kumaresan memberi ucapan
Kumaresan memberi ucapan

Kumaresan berkata, program kesihatan komuniti seperti itu penting bukan sahaja untuk menggalakkan gaya hidup aktif, malah meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pencegahan penyakit dan penjagaan kesihatan diri.


"Usaha sebegini wajar diperluas dan diperbanyakkan agar manfaatnya dapat dirasai oleh lebih ramai anggota masyarakat," katanya.


Dalam pada itu, beliau merakamkan penghargaan kepada Kerajaan MADANI atas komitmen terhadap sektor kesihatan menerusi peruntukan terbesar kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam Belanjawan 2027.


Katanya, peruntukan itu mencerminkan usaha kerajaan menaik taraf klinik kesihatan, klinik desa dan hospital, selain memperkukuh infrastruktur serta perkhidmatan perubatan demi kesejahteraan rakyat.


Beliau yang juga ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN berkata, pelbagai skim kesihatan dan bantuan peralatan disediakan, termasuk mySalam dan PeKa B40 bagi membantu rakyat, khususnya golongan yang memerlukan, mendapatkan perlindungan serta rawatan kesihatan sewajarnya.


"Inisiatif ini membuktikan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan berusaha memastikan rakyat, khususnya golongan yang memerlukan, mendapat akses kepada perlindungan serta rawatan kesihatan yang sewajarnya," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page