top of page

KPM Buka Langkah Kiri Atasi Kekurangan Guru


Oleh: Danish Hairudin


ULASAN: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuat pengumuman pengambilan khas guru secara “one-off” pada 20 Jun yang lalu. Pengambilan ini adalah antara pengambilan terbesar yang pernah dilakukan oleh KPM iaitu seramai 18,702 pegawai perkhidmatan pendidikan akan diterima. Saya menyambut baik usaha KPM untuk mengisi kekosongan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang sudah berlarutan kian lama dan meningkat saban tahun.


Walau bagaimanapun, pengambilan guru secara “one off” ini boleh saya sifatkan sebagai satu langkah jangka masa pendek dalam menyelesaikan masalah kekurangan guru dan masalah pengangguran dalam kalangan graduan pendidikan universiti awam. Perkara pokok yang menjadi persoalan adalah mengapakah KPM memperkenalkan proses pengambilan baharu iaitu kluster opsyen mata pelajaran? Hal ini membolehkan graduan daripada bidang selain Ijazah Sarjana Muda Pendidikan memohon penjawatan menjadi guru.


Tikus membaiki labu


Sistem baru yang diperkenalkan oleh KPM ini boleh diibaratkan seperti 'tikus membaiki labu'. Kerajaan dilihat ingin menyelesaikan satu masalah dan beranggapan mendapat keputusan segera yang positif tetapi tanpa sedar hal ini akan memberi kesan buruk untuk jangka masa panjang kepada graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan pada masa akan datang.


Danish Hairudin

Kerajaan harus memperhalusi mengapakah tiada pengambilan guru tambahan sepanjang kekurangan 18,702 orang pegawai perkhidmatan Pendidikan? Sedangkan berdasarkan data Gerakan Graduan Pendidikan Universiti Awam (GGPUA), terdapat 4,390 lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) yang menamatkan pengajian di antara tahun 2011 hingga 2020. Mengapakah graduan ini tidak dipanggil untuk mengisi kekosongan tersebut sepanjang kekosongan berlaku? Membiarkan graduan ini menggangur dalam tempoh yang lama tatkala terdapat kekosongan jawatan adalah satu sikap yang tidak bertanggungjawab oleh kerajaan.


Masalah pengangguran berulang?


Jika sitem Pengambilan guru secara “one off” ini diteruskan pada masa mendatang sudah pasti masalah pengangguran dalam kalangan graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan akan kembali berulang dan menjadi lebih parah. Sebelum malapetaka berlaku kepada graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Kerajaan wajar mencari akar permasalahan mengapakah berlaku lambakkan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di pasaran? KPM perlu menyelaraskan dan menyediakan senarai kursus yang perlu diberi keutamaan berdasarkan kekosongan semasa guru sekolah kepada pihak universiti. Perkara ini secara langsung dapat memudahkan urusan pelbagai pihak apabila graduan lebih mudah untuk mendapat temu duga dan isu kursus yang tidak diperlukan dapat dikurangkan.


Mencari titik temu ini perkara asas utama yang harus KPM jalankan berdasarkan prinsip supply and demand mengikut keadaan dan permintaan semasa. Membuka peluang kepada graduan bukan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan untuk mengisi kekosongan pegawai perkhidmatan pendidikan bukanlah jalan pintas untuk menyelesaikan masalah kekurangan guru di negara kita. Selagi mana universiti masih menawarkan kursus-kursus yang tidak selaras dengan keperluan sekolah, selagi itu kekosongan tenaga pendidik tidak dapat dipenuhi, yang akhirnya akan meningkatkan angka graduan pendidikan yang tidak mempunyai penempatan.


Kerajaan harus lebih peka tentang permasalahan yang sudah berlarutan melangkawi 3 buah kerajaan pemerintah yang berbeza yang masih gagal menangani masalah ini. Inisiatif yang cuba dilakukan oleh Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Radzi Jidin pada dasarnya memang dapat menyelesaikan masalah kekurangan guru yang kritikal tetapi akan menyebabkan satu malapetaka kepada graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan pada masa mendatang.

__________________________________________________________________________________


Penulis merupakan aktivis KEADILAN Cabang Kota Raja, Selangor

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page