top of page

Bangunan serbaguna Kg Angkat MADANI dimanfaat sebagai tadika

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Datuk Farhan (enam dari kanan) meninjau bangunan serbaguna di Kampung Chengal Lempong, Kuantan
Datuk Farhan (enam dari kanan) meninjau bangunan serbaguna di Kampung Chengal Lempong, Kuantan

Oleh: Helmi Foad


Sebuah bangunan serbaguna baharu yang dibangunkan di Kampung Chengal Lempong, Kuantan di bawah inisiatif Kampung Angkat MADANI telah siap sepenuhnya dan kini dimanfaatkan sebagai pusat tadika bagi kegunaan anak-anak penduduk setempat.


Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi berkata, beliau telah mengadakan tinjauan ke bangunan berkenaan bagi melihat sendiri keadaan fizikal, kualiti pembinaan serta kesesuaian fasiliti yang disediakan.

Dewan serbaguna yang telah siap
Dewan serbaguna yang telah siap

"Hasil tinjauan mendapati bangunan ini dibina dengan mengambil kira aspek keselamatan, keselesaan dan fungsi pelbagai guna, selari dengan keperluan masyarakat setempat," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut beliau, bangunan serbaguna itu dibangunkan dengan peruntukan berjumlah RM600,000 yang disalurkan melalui inisiatif Kampung Angkat MADANI sekali gus mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam menyediakan kemudahan asas yang memberi manfaat langsung kepada rakyat luar bandar.


Beliau berkata, pelaksanaan projek tersebut selari dengan aspirasi Kerajaan MADANI di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar.


"Diharapkan kemudahan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk setempat dan dipelihara dengan baik agar terus memberi manfaat bagi pelaksanaan pelbagai aktiviti komuniti pada masa hadapan," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page