top of page

Konvensyen PH 2026 jadi pentas hala tuju fasa politik baharu

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 1 min read

Konvensyen Pakatan Harapan (PH) 2026 bakal menjadi medan penting menentukan hala tuju gabungan itu, termasuk persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor serta beberapa negeri lain.


Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pada konvensyen itu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi PH dijangka memperincikan strategi politik dan gerak kerja jentera parti menjelang pilihanraya.


"Sudah pasti amanat daripada pimpinan utama PH ini akan meletakkan hala tuju dan landasan dalam banyak perkara yang akan disusuli oleh jentera pilihan raya bagi gabungan ini sama ada di peringkat negeri mahupun nasional.


"Ia termasuklah dari segi persiapan, rundingan kerusi dan juga akan mengingatkan mengenai usaha menteri dalam PH ini untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang mungkin sudah sekian lama membelenggu rakyat," katanya dipetik selepas menghadiri Majlis Anugerah Cemerlang SPM dan Sambutan Hari Guru Lembah Pantai 2026 semalam.


Konvensyen Pakatan Harapan dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen Persada Johor pada Ahad ini.


Ia dijangka menghimpunkan lebih 3,000 perwakilan seluruh negara yang mewakili KEADILAN, Amanah dan DAP.

Fahmi yang juga Pengarah Komunikasi PH menyifatkan konvensyen pertama diadakan dalam tempoh empat tahun itu sebagai 'paluan gendang perang' bagi PH di peringkat kebangsaan.


Langkah itu sekali gus menetapkan nada dan ritma pergerakan gabungan itu menjelang fasa politik seterusnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page