top of page

Konsisten Dalam Perubahan


Oleh: Syed Ibrahim Syed Noh


"Change is a constant"


Dari dulu lagi kita sebut ini. Perubahan, reformasi atau pengislahan ialah satu yang hidup. Tidak kira kita di pihak kerajaan atau pembangkang. Perjuangan perubahan itu mesti diteruskan. Soalnya ialah apa perubahan itu dan bagaimana perjalanannya?


Bagi saya, perubahan itu ialah ke arah yang lebih baik. Hari ini lebih baik dari semalam. Esok lebih baik dari hari ini.


Perjalanannya atau "the journey" penting. Konsisten dengan prinsip dan tak ala Machiavellian atau tidak menghalalkan cara untuk capai matlamat. Kejelasan atau "clarity" juga penting dalam era penuh spekulasi dan manipulasi sekarang.


Yang menang tidak menang semua


Apa yang berlaku telah mengikut lunas Perlembagaan meskipun kita tak suka atau tak puas hati. Percayalah, ada hikmahnya. Sama ada Perdana Menteri (PM) baru, Umno atau yang menyokongnya suka atau tidak, bola dalam gelanggang mereka untuk buktikan perubahan.


Yang di-Pertuan Agong juga bertitah supaya bekerjasama kerana yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua.


Saya berlapang dada dan bersedia bekerjasama, bukan kerana yakin dengan PM baru yang dulunya TPM dalam kerajaan gagal tetapi kerana keperluan untuk kebaikan rakyat dan negara. "That has always been the case and will always be the case."


Tugas semak dan imbang, memberi kritikan membina, mencadangkan tindakan dan melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat tetap kekal. Meskipun mungkin diputar belit atau dipusingkan, tetapi ia bukan kerana kedudukan atau kuasa semata-mata. Ia kerana reformasi, perubahan, pengislahan.


Biarlah rakyat menjadi penentu dan hakim pada PRU-15 nanti.


______________________________________________________________________________

Penulis merupakan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor dan Ahli Parlimen Ledang

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page