top of page

Konflik Asia Barat: Persiapan bawa pulang rakyat Malaysia di peringkat akhir

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Persiapan bagi melaksanakan operasi membawa pulang rakyat Malaysia dari beberapa negara yang terjejas akibat konflik di Asia Barat kini berada pada peringkat akhir.


Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan, operasi berkenaan digerakkan atas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan keadaan keselamatan di rantau tersebut yang semakin meruncing.


Tambah MKN, operasi tersebut akan diselaraskan melalui kerjasama rapat dengan Kementerian Luar Negeri, termasuk melibatkan Pejabat Perwakilan Malaysia di negara-negara berkaitan.


"Kerajaan Malaysia akan melakukan segala yang termampu bagi memastikan rakyat Malaysia yang terlibat dapat pulang ke tanah air dengan selamat," menurut kenyataan tersebut.


Ketegangan di Asia Barat meruncing sejak 28 Februari susulan serangan Israel dan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran, di ikuti oleh serangan balas Tehran terhadap kepentingan AS di negara Teluk.


Berdasarkan rekod Kementerian Luar, seramai 641 orang rakyat Malaysia masih terkandas di beberapa negara terjejas di rantau itu setakat 8 Mac, manakala 24,568 rakyat Malaysia telah berdaftar menerusi sistem e-Konsular setakat 7 Mac.


Semalam, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Tunku Abaidah memaklumkan, Perdana Menteri mahu semua rakyat Malaysia terjejas di Asia Barat dapat dibawa pulang ke tanah air dengan selamat.


Menurutnya, Perdana Menteri juga secara peribadi memantau secara serius proses pemindahan rakyat Malaysia dari zon konflik tersebut.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page