top of page

Konflik Asia Barat: AMK seru kerajaan pertimbang dasar Kerja Dari Rumah

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • 1 hour ago
  • 1 min read

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat menyeru kerajaan untuk mempertimbangkan pelaksanaan dasar kerja dari rumah (WFH) secara bersasar bagi sektor tertentu.


Ketuanya, Mohd Kamil Abdul Munim (gambar) menegaskan langkah proaktif ini dapat membantu rakyat menjimatkan kos petrol sekaligus mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan bandar.


Dasar tersebut juga jelasnya membantu kerajaan mengurus perbelanjaan subsidi bahan api dengan lebih berhemah berikutan peningkatan harga minyak dunia akibat ketidaktentuan geopolitik di Asia Barat.


"Pelaksanaan dasar ini boleh dimulakan di pejabat kerajaan, agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), sebelum diperluaskan kepada sektor swasta yang bersesuaian mengikut keperluan operasi masing-masing.

"Ini dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan bandar, menjimatkan kos pengangkutan rakyat serta menyumbang kepada pengurangan penggunaan bahan api dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu," katanya dalam satu kenyataan.


Mohd Kamil yang juga Setiausaha Politik Menteri Kewangan sementara itu berkata, pendekatan itu juga selari dengan usaha meningkatkan keseimbangan kehidupan dan pekerjaan di samping menyokong agenda kelestarian melalui pengurangan penggunaan kenderaan dan pelepasan karbon.


Sebagai rekod, harga minyak kembali melonjak mencecah sehingga AS$101 setong pada Khamis


Menurut laporan portal tenaga Oilprice.com, lonjakan harga itu didorong gangguan perkapalan di Selat Hormuz ekoran konflik Amerika Syarikat (AS)-Iran.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page