top of page

KKM sokong RUU Warga Emas disegerakan - Dr Dzulkefly

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 days ago
  • 1 min read

Kementerian Kesihatan (KKM) menyatakan sokongan supaya penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Warga Emas disegerakan.


Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata, dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2025 jelas menunjukkan tindakan dan intervensi berkaitan warga emas tidak boleh ditangguhkan.


Tambahnya, RUU itu penting sebagai sebahagian usaha memperkukuh rangka kerja perundangan berkaitan hak, kemudahan dan perkhidmatan lebih menyeluruh untuk golongan itu.


"RUU ini bagi melengkapkan dasar dan pelan tindakan sedia ada, termasuk Pelan Tindakan Perkhidmatan Kesihatan Warga Emas 2023-2030 dan Pelan Tindakan Demensia Negara 2023-2030, selain memastikan perlindungan lebih kukuh kepada warga emas.


"Ia perlu disegerakan menjadi sebahagian daripada rangka kerja perundangan untuk hak mereka, termasuk kemudahan dan perkhidmatan," katanya dipetik.


Terdahulu beliau melancarkan melancarkan Dapatan Tinjauan NHMS 2025: Kesihatan Warga Emas, di Putrajaya pada Isnin.


Pada Jun 2025, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri dilaporkan berkata kerajaan telah menyiapkan draf RUU Warga Emas, yang bertujuan melindungi hak dan kesejahteraan golongan itu dan menjangkakan RUU itu dibentangkan di Parlimen pada 2026.


Dzulkefly sementara itu berkata intervensi terhadap warga emas tidak boleh hanya bermula ketika mereka sudah mencecah usia 60-an, sebaliknya perlu dilaksanakan seawal umur 50 tahun.

"Kalau kita mula lambat, kita akan sentiasa cuba mengejar keadaan, dan akhirnya terus berada dalam krisis," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page