top of page

KKM jamin pelarasan peruntukan tak jejas perkhidmatan kesihatan rakyat

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 3
  • 1 min read

Pelarasan perbelanjaan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) tidak akan menjejaskan operasi perkhidmatan kesihatan rakyat.


Jaminan itu dinyatakan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) di Dewan Rakyat pada Khamis, sebagai menjawab pertanyaan seorang Ahli Parlimen mengenai pelarasan perbelanjaan KKM.


"Mustahak saya tegaskan pelarasan ini tidak melibatkan sebarang sekatan ke atas hal peruntukan pengoperasian peruntukan pembangunan, tidak melibatkan elaun tugasan kakitangan, program latihan atau penangguhan pembelian aset perubatan bukan kritikal.


"Hal ini kerana KKM merancang semula perbelanjaan dengan mengenakan perbelanjaan yang berhemah serta mengoptimumkan perbelanjaan kami," katanya dipetik laporan media.


Dr Dzulkefly turut menegaskan, pelarasan tersebut hanya merangkumi 1.07 peratus atau kira-kira RM500 juta daripada keseluruhan peruntukan KKM iaitu sebanyak RM46.52 bilion bagi tahun ini.


"KKM melaksanakan penstrukturan semula perbelanjaan secara optimum bagi memastikan kecekapan penggunaan dana awam," tambah beliau.


Kementerian Kewangan pada 29 April lalu telah mengeluarkan arahan kepada semua kementerian untuk meneliti semula anggaran perbelanjaan masing-masing.


Langkah tersebut selaras dengan cabaran krisis bekalan global dan tanggungan subsidi yang meningkat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page