top of page

KKM jamin harga ubat-ubatan kekal stabil

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 11 minutes ago
  • 1 min read

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memberi jaminan harga ubat-ubatan di negara ini kekal stabil dengan kenaikan minimum sekitar satu hingga dua peratus sahaja setakat ini.


Jelasnya, peningkatan tersebut adalah dalam julat inflasi biasa dan tidak menunjukkan lonjakan mendadak seperti dibimbangi sebelum ini.


Malah menurutnya, pemain industri termasuk Pharmaniaga dan Persatuan Industri Farmaseutikal Malaysia (MOPI) telah memberi kerjasama baik dalam memastikan kestabilan harga ubat-ubatan apabila menyerap sebahagian peningkatan kos operasi.


"Sejauh ini, mereka telah menyerap dan menanggung peningkatan kos yang terkait termasuk penggunaan diesel.


"Dengan itu ubat-ubatan hari ini kekal dalam julat harga yang tidaklah melonjak. Kalau ada kenaikan pun sekitar satu hingga dua peratus sahaja dan kita harapkan ia kekal begini kerana kerjasama yang diberikan pihak industri," katanya dipetik.


Terdahulu, Dr Dzulkefly hadir ke majlis perasmian Hospital Seri Iskandar yang disempurnakan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada Khamis.


Dalam perkembangan berkaitan, beliau memaklumkan, Pasukan Petugas Khas Keselamatan Ubat dan Peranti Perubatan yang ditubuhkan KKM turut memantau bekalan dan harga ubat secara berterusan termasuk melalui mekanisme amaran awal bagi mengesan sebarang gangguan rantaian bekalan.


Pemantauan jelasnya dilakukan secara mingguan melibatkan laporan masa nyata (real time) merangkumi aspek kecukupan bekalan, kos serta langkah susulan termasuk penyediaan stok penampan dan perancangan stok simpanan jangka panjang.


"KKM turut mengambil langkah mempelbagaikan sumber bahan mentah termasuk Active Pharmaceutical Ingredient (API) serta komponen peranti perubatan bagi memastikan bekalan ubat kritikal sentiasa mencukupi.


"KKM juga menggerakkan pusat sehenti atau ‘nerve centre’ yang mengintegrasikan maklumat daripada fasiliti kesihatan awam, hospital swasta, klinik serta pemain industri bagi memastikan tiada gangguan khususnya melibatkan ubat kritikal," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page