Ketua Wanita Cabang Cheras terima anugerah pencapaian wanita
- Akmal Manaf

- 1 hour ago
- 1 min read

Ketua Wanita KEADILAN Cabang Cheras, Yap Kuay Hua menerima Anugerah Penghargaan Khas Pencapaian Wanita pada majlis Golden Empire’s Worldwide Saadhanai Penn 2.0, sebagai pengiktirafan terhadap komitmen dan jasa dalam memperkasakan wanita di peringkat akar umbi dan menyantuni masyarakat.
Menerusi satu kenyataan, Kuay Hua turut dikenali menerusi penglibatannya yang konsisten dalam program pemerkasaan wanita B40, bantuan kebajikan masyarakat, inisiatif kesihatan komuniti, pembangunan belia serta pelbagai usaha kemasyarakatan yang memberi manfaat kepada penduduk tanpa mengira kaum dan latar belakang.
"Selain menerima anugerah, Yap Kuay Hua selaku (tetamu) VVIP turut diberi penghormatan untuk menyampaikan anugerah kepada wanita-wanita berjaya yang diraikan pada malam tersebut.
"Kehadiran dan peranan beliau telah menambah nilai signifikan kepada majlis, sekali gus menzahirkan komitmen beliau dalam memartabatkan peranan wanita dalam arena politik dan sosial," kata kenyataan berkenaan.
Majlis pengiktirafan pencapaian wanita peringkat global anjuran Golden Empire Media itu telah diadakan di Le Artelier Ballroom, Kingston Premier Hotel, Bukit Jalil pada 9 Mei lalu.




Comments