top of page

Ketua Cabang Alor Gajah ziarah keluarga memerlukan di DUN Gadek

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • 2 days ago
  • 1 min read
Mohd Khuzaire (kiri) mengagihkan bantuan kepada warga emas memerlukan
Mohd Khuzaire (kiri) mengagihkan bantuan kepada warga emas memerlukan

Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Alor Gajah, Mohd Khuzaire Mohd Kamal berkesempatan menziarahi beberapa keluarga di sekitar kawasan DUN Gadek, Melaka sempena bulan Ramadan bagi menyampaikan sumbangan kit makanan kepada golongan yang memerlukan.


Menurut satu kenyataan, program ziarah tersebut bertujuan mendekati masyarakat selain mendengar sendiri keadaan dan keperluan penduduk setempat.


"Ziarah seperti ini memberi ruang untuk mendengar sendiri suara rakyat serta memahami keadaan masyarakat setempat," kata kenyataan itu.


Beliau berkata keprihatinan terhadap kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan dan usaha membantu golongan memerlukan akan diteruskan dari semasa ke semasa.


Dalam lawatan tersebut, sumbangan kit makanan disampaikan kepada beberapa keluarga sebagai bantuan bagi meringankan beban mereka sepanjang bulan Ramadan.


"Semoga sumbangan yang disampaikan dapat sedikit sebanyak meringankan beban mereka sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini," katanya.


Mohd Khuzaire turut menegaskan bahawa usaha mendekati masyarakat dan memperkukuh hubungan dengan rakyat akan terus diperkasakan pada masa hadapan.


"Insya-Allah, usaha untuk terus mendekati masyarakat dan memperkukuhkan kebersamaan ini akan diteruskan demi masa depan yang lebih baik buat negeri dan rakyat," kata kenyataan itu lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page