top of page

Ketidaktentuan global: Selangor ambil pendekatan perbelanjaan berhemah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 7 hours ago
  • 1 min read


Kerajaan Negeri Selangor bakal mengkaji semula keperluan lawatan rasmi ke luar negara serta jemputan rasmi yang melibatkan pimpinan negeri.


Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan, Mohd Najwan Halimi (gambar) berkata, langkah susulan perkembangan konflik Asia Barat itu bertujuan menjimatkan perbelanjaan negeri supaya semua peruntukan negeri dapat digunakan secara lebih berfokus dan memberi manfaat langsung kepada rakyat.


"Kita mahu kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu dan fokus kepada perkara yang benar-benar penting supaya pengurusan kewangan negeri kekal berhemah dalam menghadapi ketidaktentuan global.

"Dalam masa sama, Kerajaan Negeri turut meneliti langkah bagi membantu masyarakat yang mungkin terkesan susulan situasi semasa," katanya dipetik.


Mengulas lanjut kesan konflik Asia Barat, Kerajaan Selangor jelasnya tidak sekadar mengambil pendekatan tunggu dan lihat.


Sebaliknya, pentadbiran negeri mengambil pendekatan proaktif dengan melaksana langkah-langkah kawalan perbelanjaan termasuk menilai semula program dan dasar yang kurang kritikal.


Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari sebelum ini memaklumkan, negeri itu sedang merangka langkah strategik termasuk inisiatif baharu bagi menangani tekanan harga bahan api dan kos sara hidup rakyat susulan konflik Asia Barat.


Kerajaan negeri jelasnya akan mengumumkan langkah seterusnya dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi selepas mengambil kira pandangan serta unjuran pakar ekonomi dan geopolitik dalam Sidang Meja Bulat Khas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) baru-baru ini.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page