Keterjaminan makanan: Selangor kerjasama dengan Australia
- Suara Keadilan

- 53 minutes ago
- 1 min read

Kerajaan Selangor terbuka untuk meneroka peluang kerjasama dengan Australia dalam sektor agrikultur bagi memperkukuh daya tahan sektor keterjaminan makanan.
Ketua pegawai eksekutif kumpulan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), Datuk Ts Saipolyazan M Yusop berkata, potensi kerjasama membabitkan pemindahan teknologi pertanian moden, pembangunan agro makanan pintar serta latihan kepakaran.
"Ketika dunia berdepan ketidaktentuan rantaian bekalan global dan cabaran perubahan iklim, soal keterjaminan makanan bukan lagi pilihan tetapi keutamaan strategik yang menuntut pendekatan lebih inovatif serta lestari.
"Australia terkenal dengan teknologi pintar, automasi industri makanan dan pengurusan sekuriti makanan yang efisien. Jadi, kita terbuka untuk teroka kerjasama itu," kata dipetik pada majlis makan malam diaspora dan mahasiswa Selangor di Australia.
Sementara itu menurutnya, Kerajaan Negeri Selangor juga tekad mempercepat agenda ekonomi hijau dan pembangunan lestari.
Justeru, pengalaman Australia dalam pembangunan tenaga boleh diperbaharui seperti tenaga solar dan hidrogen hijau penting untuk diteroka sebagai sebahagian usaha menjadikan Selangor negeri rendah karbon dan mesra masa depan.
"Kerjasama dalam pengurusan sumber air, mitigasi perubahan iklim dan pembangunan bandar mampan juga penting dalam menjamin kesejahteraan rakyat dan kelangsungan pembangunan negeri dapat dipertahanan untuk generasi akan datang.
"Dalam masa sama, Kerajaan Selangor juga melihat peluang besar kedua-dua pihak dalam pembangunan bandar pintar, transformasi digital dan inovasi teknologi termasuk sektor pelancongan yang mampu dijadikan model memperkaya ekosistem pelancongan negeri," tambahnya.




Comments