top of page

Kerjasama Umno-Pas: Perlu nilai semula kerjasama PH-BN di Selangor?

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • 5 hours ago
  • 1 min read

Kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dalam pentadbiran Selangor kini menimbulkan tanda tanya sama ada masih relevan atau perlu dinilai semula susulan perkembangan kerjasama Umno dengan Pas di beberapa kawasan di Negeri Sembilan.


Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Hulu Langat, Mohamad Fathi Zikri Mohd Zain (gambar) berkata perkembangan politik sejak kebelakangan ini di Negeri Sembilan telah mengundang perbincangan mengenai hala tuju kerjasama antara parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan.


"'Pernikahan Semula' antara Umno dan Pas atau Perikatan Nasional (PN) di beberapa kawasan telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada pemerhati politik serta pemimpin parti.


"Perkembangan tersebut menimbulkan persoalan tentang sejauh mana pendekatan politik di peringkat negeri selaras dengan semangat kerjasama yang menjadi asas kepada Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan," katanya menerusi satu kenyataan.


Bagaimanapun menurut Mohamad Fathi, pendekatan yang diambil di Selangor memperlihatkan bentuk kerjasama pentadbiran yang berbeza.


Kerajaan Negeri yang diterajui PH ujarnya telah melibatkan wakil BN dalam pentadbiran negeri melalui pelantikan wakil Umno sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dengan portfolio pentadbiran.


"Selain itu, beberapa pemimpin Umno turut dilantik sebagai Penyelaras DUN di kawasan-kawasan yang diwakili oleh pembangkang.


"Belum lagi dihitung lantikan-lantikan lain seperti Ahli-Ahli Majlis PBT, Ketua Kampung, Penggerak Wanita Berdaya (PWB), Penggerak Belia Selangor (PeBS) dan juga lantikan-lantikan di anak syarikat kerajaan negeri (GLC).


"Pelantikan-pelantikan itu menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri memilih pendekatan yang memberi ruang kepada rakan dalam Kerajaan Perpaduan untuk turut memainkan peranan dalam penyampaian dasar dan program kepada rakyat," katanya lagi.


Menyimpulkan isu berkenaan, Mohamad Fathi berkata sebarang perkembangan politik wajar dinilai oleh rakyat berdasarkan fakta, prestasi pentadbiran, keberkesanan dasar dan pencapaian kerajaan dalam memenuhi keperluan masyarakat.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page