top of page

Kerjasama perdagangan makanan, pertanian Uzbekistan - Malaysia diperkukuh

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read
DS Mohamad Sabu melawat Uzbekistan meningkatkan sektor pertanian negara. Foto: FB Mohamad Sabu
DS Mohamad Sabu melawat Uzbekistan meningkatkan sektor pertanian negara. Foto: FB Mohamad Sabu

Malaysia giat meningkatkan kerjasama perdagangan makanan dan pertanian dengan Uzbekistan serta rantau Asia Tengah dengan lebih meluas.


Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, usaha itu sebahagian daripada usaha Kerajaan MADANI mempelbagaikan sumber bekalan dan mengukuhkan keselamatan makanan jangka panjang di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik serta rantaian bekalan global.


"Bagi pihak kementerian, kita melihat misalnya petani (Malaysia) boleh memainkan peranan agar kita dapat memperluaskan dan berusaha mengeksport barangan makanan dari Malaysia yang diperlukan di Uzbekistan," katanya dipetik Bernama.


Terdahulu, Mohammad mengadakan lawatan rasmi enam hari ke Uzbekistan atas jemputan Menteri Pertanian Uzbekistan Ibrokhim Abdurakhmonov.


Pada lawatan tersebut, kedua-dua pihak mengadakan perbincangan mengenai isu keselamatan makanan, perdagangan dan peluang kerjasama dalam penyelidikan pertanian, akuakultur dan teknologi makanan.


Mohammad turut menghadiri majlis perasmian Forum Pelaburan Antarabangsa Tashkent (TIIF) 2026 yang turut disertai Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev.


Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut memaklumkan, bekalan makanan negara setakat ini masih mencukupi dan kerajaan akan terus mengambil segala langkah yang perlu bagi memastikan keselamatan makanan negara kekal terpelihara.


Menyentuh kebimbangan terhadap fenomena El Niño, Mohamad berkata kerajaan sedang membuat persediaan awal termasuk menyediakan maklumat kepada petani.


Pihaknya juga meningkatkan kerjasama dengan negara lain bagi memastikan bekalan makanan negara kekal mencukupi sekiranya berlaku gangguan kepada pengeluaran pertanian.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page