top of page

Kerjasama Malaysia–China stabilkan bekalan peranti perubatan

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Kerjasama strategik antara Malaysia dan China berjaya membantu menstabilkan rantaian bekalan peranti perubatan dalam negara meskipun berdepan tekanan akibat krisis tenaga global.


Dalam satu kenyataan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegaskan bahawa bekalan peranti perubatan kritikal di Malaysia kekal stabil dan terkawal hasil pemantauan rapi serta pelaksanaan langkah mitigasi berterusan.


Menurut KKM, krisis tenaga global memberi kesan langsung terhadap ketersediaan produk import berisiko tinggi, namun situasi dalam negara masih berada dalam keadaan terkawal.


Sebagai langkah proaktif, Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) telah memuktamadkan persetujuan strategik bersama pihak berkuasa China bagi meningkatkan pembekalan bahan mentah utama seperti resin dan nafta untuk industri tempatan.


"Inisiatif ini bertujuan menstabilkan rantaian bekalan serta memastikan kelangsungan pengeluaran peranti perubatan kritikal di Malaysia. Bekalan tambahan tersebut akan berfungsi sebagai pemangkin utama dalam menampung kekurangan bahan

mentah semasa bagi memenuhi keperluan sistem kesihatan negara," kata kenyataan KKM.


Menurut kenyataan itu, persetujuan berkenaan dicapai menerusi perbincangan strategik yang dipengerusikan oleh Ketua Eksekutif MDA merangkap Pengerusi Global Harmonization Working Party (GHWP), bersama wakil pihak berkuasa China termasuk pentadbiran China (Shanghai) Pilot Free Trade Zone Administration serta Timbalan Datuk Bandar Pudong New Area.


Dalam pada itu, kerajaan Malaysia merakamkan penghargaan kepada China atas komitmen dalam menyokong kestabilan rantaian bekalan bahan mentah industri peranti perubatan di peringkat serantau.


KKM menegaskan akan terus memantau situasi semasa secara rapi serta memastikan pengedaran bekalan dilaksanakan secara cekap dan berhemah, berpandukan keperluan klinikal demi kesejahteraan rakyat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page