'Kerajaan usaha kurangkan defisit, pertambahan hutang selagi ada defisit'
- Suara Keadilan

- Aug 25
- 1 min read

Oleh: Akmal Manaf
Di sebalik retorik politik menuduh Kerajaan MADANI rakus berhutang, sebaliknya kerajaan bertekad untuk menurunkan defisit fiskal tahun demi tahun.
Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, defisit fiskal perlu dikurangkan kerana kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan hutang negara terus kelihatan 'membengkak' sedangkan kerajaan tidak membuat banyak hutang baharu sebagaimana kerajaan sebelumnya.
''Sebab itu defisit harus dikurangkan. Kita sudah kurangkan daripda 5.6% kepada sekarang iaitu 3.8%. Tahun depan dan berikutnya terus turun.
''Selagi defisit itu ada, jumlah keseluruhan hutang akan bertambah. Tapi yang menjadi isu (adalah) kerana telahan daripada sesetengah rakan-rakan (di) sebelah sana (pembangkang), mereka kata hutang (kerajaan) bertambah.
''(Itu) tak benar. Hutang baru kerajaan (MADANI) itu kurang (dan) saya dah baca banyak kali iaitu hutang daripada RM100 bilion turun RM90 bilion, turun RM80 bilion dan turun kepada RM70 bilion. Itu yang kita lakukan,'' katanya.
Beliau menjelaskan perkara tersebut sempena Pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Negara hari ini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan sebaliknya menjelaskan bahawa jumlah hutang keseluruhan negara, termasuk faedah ke atas pinjaman bukan dilakukan oleh pentadbiran Kerajaan MADANI, tetapi diwarisi daripada kerajaan terdahulu dan ianya terus meningkat.
''Sehingga kita boleh turunkan lagi jumlah hutang baharu, baru lah ia berkembang.
''Jadi janganlah kata kerajaan sekarang (ada) hutang baharu.. (itu) tak betul,'' tegas beliau lagi.









Comments