top of page

Kerajaan Selangor sedia hadapi krisis tenaga global, bantu sektor pertanian

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • 2 hours ago
  • 2 min read

Wanita KEADILAN menyambut baik sekaligus menyokong pengumuman Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor berjumlah RM131 juta oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pada Khamis.


Pengerusi Biro Petani dan Pekerja Peladang, P Umananthini Gnanapragasam menyifatkan langkah tersebut membuktikan kepimpinan negeri Selangor yang bertindak pantas dan berani dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa yang semakin mencabar.


"Dalam keadaan global yang tidak menentu, rakyat memerlukan tindakan segera yang mampu memberi kelegaan kepada pelbagai lapisan masyarakat.

P Umananthini Gnanapragasam
P Umananthini Gnanapragasam

"Pakej ini jelas memperlihatkan pendekatan menyeluruh kerajaan negeri dalam memastikan kebajikan rakyat terus dilindungi," katanya dalam kenyataan.


Antara inisiatif terkandung dalam pakej tersebut antaranya pelaksanaan Gudang Makanan Selangor bagi menambah stok penimbal barangan asas (RM50 juta), peluasan Jelajah Ehsan Rahmah di setiap DUN (RM5 juta) dan pemberian Baucar Kita Selangor bernilai RM100 sebulan selama enam bulan kepada 50,000 penerima (RM30 juta).


Turut diperkenalkan ialah subsidi tambang pengangkutan awam sebanyak RM30 sebulan selama enam bulan kepada 30,000 penerima (RM5.4 juta), bantuan sarapan percuma pelajar sekolah melibatkan 873 sekolah di seluruh negeri (RM9.6 juta), serta bantuan sektor pertanian antara RM300 hingga RM600 sebulan untuk tempoh enam bulan (RM25 juta).


"Sebagai Pengerusi Biro Petani dan Pekerja Peladang, saya melihat bantuan kepada sektor pertanian berjumlah RM25 juta sebagai langkah penting dan tepat pada masanya.


"Dalam keadaan kos input pertanian yang semakin meningkat serta kesan kenaikan harga minyak terhadap operasi pertanian, sokongan ini mampu membantu memastikan kelangsungan pengeluaran makanan negeri terus terjamin.


"Apabila sektor pertanian diperkasakan, keterjaminan makanan negeri akan menjadi lebih kukuh dan kestabilan harga makanan dapat dikawal," tambahnya.


Mengulas lanjut, Umananthini berkata, pakej diumumkan membuktikan bahawa kepimpinan negeri Selangor bukan sekadar merancang, tetapi bertindak secara nyata dalam memastikan rakyat, khususnya golongan di peringkat bawah termasuk petani dan pekerja peladang, terus dibela dan tidak dipinggirkan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page