top of page

Kerajaan - Parti Berbeza: MUDA Perlu Sabar Sertai PH



Oleh: Mohd Fauzi Fadzil


ULASAN: Kenyataan yang dikeluarkan oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor berkenaan desakan jawapan penerimaan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) ke dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) telah dijawab oleh Ernest Tan Yong selaku wakil pimpinan MUDA.


Ernest mendakwa MUDA akan kekal memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kerajaan perpaduan walaupun dituduh tidak membawa nilai tambah kepada PH dan tidak ditawarkan sebarang jawatan dalam kepimpinan Kerajaan Perpaduan.


Kerajaan Perpaduan dan PH berlainan

Ternyata Ernest gagal memahami isu yang dimulakan oleh kepimpinan MUDA sendiri. Semenjak Kerajaan Perpaduan ditubuhkan, kepimpinan MUDA tidak berhenti membangkitkan isu permohonan mereka untuk menyertai PH. Perkara ini bukan sahaja telah dijawab oleh kepimpinan KEADILAN, malah kepimpinan DAP juga telah menyatakan isu tersebut masih belum dibincangkan di dalam Majlis Presiden PH kerana keutamaan yang diberikan terhadap isu pentadbiran negara.

Mohd Fauzi Fadzil

Justeru kepimpinan MUDA perlu bersabar menanti jawapan tersebut dan tidak mengkaitkan isu permohonan menyertai PH dengan isu sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan. Kedua-duanya adalah isu yang berbeza.


Kepimpinan MUDA perlu diingatkan bahawa pembentukan Kerajaan Perpaduan adalah berasaskan hasrat dan nasihat Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Baginda mahu sebuah kerajaan yang kukuh dibentuk dengan penyertaan semua parti politik namun terdapat gabungan parti politik seperti Perikatan Nasional (PN) yang menolak nasihat tersebut.


Penerimaan MUDA untuk menyertai Kerajaan Perpaduan adalah berlainan dengan penyertaan MUDA ke dalam PH, prerogatif penerimaan MUDA ke dalam PH adalah hak Majlis Presiden PH manakala prerogatif pelantikan jawatan dalam Kerajaan Perpaduan adalah hak Perdana Menteri.


Hak tersebut perlu dihormati dan tindakan mendesak jawapan daripada Majlis Presiden PH dianggap sebagai biadab. Namun sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan adalah sangat dihargai kerana ia sejajar dengan saranan YDPA.


Perlu pertambahan sokongan


Ernest juga harus sedar bahawa dinamika hubungan antara parti politik adalah berbeza dengan dinamika hubungan antara pertubuhan kemasyarakatan (NGO). Parti politik terus lestari dalam gelanggang kekuasaan bergantung kepada jumlah sokongan rakyat terhadap idea dan perjuangan yang diketengahkan.


Justeru PH akan terus kekal relevan jika jumlah sokongan rakyat terus bertambah, situasi ini adalah lumrah dalam sistem politik demokrasi di Malaysia.


Kemasukan MUDA ke dalam PH perlu disertakan dengan penambahan sokongan rakyat terhadap PH. PH bukanlah badan amal yang bergerak tanpa mengejar matlamat kekuasaan pemerintahan demi kebaikan rakyat.


Kenyataan ini tidak dibuat atas dasar kesombongan tetapi ia dibuat berdasarkan asas kerelevenan dan kelestarian PH. Pimpinan MUDA akan kekal dianggap sebagai saudara dan rakan kongsi pembangunan negara, kerjasama semasa kita sebagai rakyat Malaysia akan sentiasa dapat dilaksanakan bersama pada masa hadapan sekiranya MUDA tidak diterima masuk ke dalam PH sekali pun.


______________________________________________________________________________

Penulis merupakan Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Selangor

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page