top of page

Kerajaan MADANI tidak pinggir masyarakat India dalam RMK-13

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 hours ago
  • 1 min read

ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) mencerminkan keprihatinan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha membangunkan semula negara tanpa meminggirkan masyarakat India.


Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R Ramanan (gambar) berkata, strategi RMK13 dirangka secara bersepadu dan inklusif bagi melonjakkan kedudukan sosioekonomi komuniti India, khususnya golongan berpendapatan rendah.


"RMK13 memberi tumpuan kepada pembangunan kapasiti dan bakat masyarakat India, termasuk dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), serta peluasan peluang kerjaya.


"Ia turut merangkumi penambahbaikan infrastruktur asas dan perluasan akses kepada perumahan yang lebih selesa dan mampu milik," katanya dalam satu kenyataan.


Tambah beliau, inisiatif baharu seperti pemerkasaan ekonomi dan sosial, penggunaan kecerdasan buatan (AI), serta pendigitalan sistem sokongan akan memastikan pelaksanaan program yang lebih berkesan dan berimpak tinggi.


"Projek Pembangunan Fizikal di perkampungan masyarakat India juga akan diperkenalkan sebagai sebahagian daripada agenda pembangunan menyeluruh di bawah RMK13," jelasnya.


Ramanan turut memaklumkan bahawa program sedia ada seperti Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) akan diteruskan, sejajar dengan komitmen kerajaan untuk memperkukuh daya saing usahawan India.


Selain itu, tumpuan khusus turut diberikan melalui Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) yang menyasarkan tiga teras utama iaitu pemerkasaan pendidikan, pembangunan keusahawanan dan kerjaya, serta peningkatan kesejahteraan sosial.


"Keseluruhan inisiatif ini adalah manifestasi jelas dasar inklusif Kerajaan Perpaduan dalam merealisasikan aspirasi Ekonomi MADANI untuk pertumbuhan yang adil, mampan dan saksama buat semua," katanya.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page