top of page

Kerajaan MADANI perkenal PRIME, sistem sokongan komunikasi ketika bencana

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 8 hours ago
  • 1 min read

Kerajaan MADANI terus memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi bencana dengan melancarkan Sistem Komunikasi Radio dan Internet Bersepadu Bergerak (PRIME).


Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, PRIME merupakan inisiatif strategik dalam memastikan komunikasi semasa operasi kecemasan dan kecemasan seperti banjir, tanah runtuh atau kebakaran.


"Beberapa tahun kebelakangan ini, negara sering berdepan dengan bencana seperti banjir, tanah runtuh dan kebakaran yang kadang kala menjejaskan perkhidmatan komunikasi.


"Pada ketika inilah komunikasi menjadi keperluan paling kritikal. Maka, PRIME dibangunkan untuk memastikan ketersambungan dapat diteruskan pada bila-bila masa dan dalam apa jua keadaan," katanya semasa Majlis Peluncuran PRIME di Cyberjaya pada Isnin.

Dibangunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kos RM1 juta seunit, sistem ini menggabungkan teknologi satelit, selular, radio mudah alih serta mampu mampu menyediakan liputan internet berkelajuan tinggi seluas lingkungan 150 meter dengan sokongan titik capaian Wi-Fi yang membolehkan jangkauan diperluas.


Kenderaan turut dilengkapi dron yang dengan pembesar suara dan mikrofon yang membolehkan komunikasi dua hala antara pasukan penyelamat dan mangsa diadakan.


"Dron ini mampu terbang sejauh 5KM selama lima jam. Jadi ini akan memudahkan operasi penyelamatan," jelas Fahmi.


Beliau sementara itu menjelaskan, tiga unit PRIME akan dibangunkan tahun ini — satu untuk Semenanjung Malaysia dan dua lagi untuk Sabah dan Sarawak menjelang akhir 2025, memastikan kesiapsiagaan komunikasi di seluruh negara.


"Ini bukan sekadar sistem komunikasi, tetapi pelantar strategik yang memperkukuh koordinasi antara agensi penyelamat dan membawa kemudahan digital kepada rakyat," tambah Fahmi.


"Diharapkan PRIME akan meningkatkan keupayaan agensi-agensi bertindak secara pantas dan bersepadu dalam usaha melindungi nyawa serta menyelamatkan harta benda ketika bencana," tambah beliau.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page