top of page

Kerajaan MADANI komited lindungi kepentingan peniaga kecil tempatan - PM

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
14 minutes ago
1 min read
DS Anwar pada Majlis Perasmian Skim Usahawan Bangkit Negeri Kedah di Alor Setar
DS Anwar pada Majlis Perasmian Skim Usahawan Bangkit Negeri Kedah di Alor Setar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan akan terus melindung kepentingan peniaga kecil tempatan.


Menurut beliau, walaupun kerajaan giat menarik pelaburan bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi negara, pihaknya tidak mahu peniaga tempatan seperti pengusaha kedai makan, kedai kopi dan kedai gunting rambut hilang peluang mencari rezeki.


"Saya tak mahu ganggu peniaga kecil. Itulah sebabnya saya beritahu Perdana Menteri China, Li Qiang, saya kata boleh tak kita bagi kerjasama, kurangkan sikit.


"Yang syarikat besar tak apalah, kita tak tahu nak bedah mata. Saya kata tadi yang menggunakan AI, teknologi baharu, bagi orang celik tak apa, saya setuju juga. Kita belanja dan labur sikit pun tak apa.


"Tetapi untuk kedai kopi, kedai rambut, saya tak mahulah orang asing. Kita boleh buat sendiri, kita bagi jalanlah," katanya dipetik laporan media.


Beliau berkata begitu ketika berucap pada Majlis Perasmian Skim Usahawan Bangkit Negeri Kedah di Alor Setar pada Jumaat.


Menjelaskan perkara itu, Anwar berkata langkah itu bukan bermaksud Malaysia menutup ruang hubungan perdagangan dan pelaburan dengan negara lain, sebaliknya kemasukan pelaburan perlu membawa manfaat kepada rakyat tempatan.


Menerusi ucapan tersebut juga Perdana Menteri menegaskan kerajaan sentiasa berusaha membantu mengurangkan beban rakyat khususnya dalam isu kenaikan harga barangan.


"Tahun lalu buat bajet berdasarkan harga minyak AS$70, minggu ini lebih kurang dah AS$110. Minyak Malaysia paling rendah di dunia, nak turun banyak mana lagi?


"RM1.99 itu bukan mudah, RM40 bilion lebih kerajaan belanja setahun kerana nak bayar subsidi minyak, jadi bukan mudah. Jadi yang boleh buat kita buat, yang dapat kawal, kita kawal," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page