top of page

Terjemah RCI TH kepada kempen integriti – IITQAN

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
4 minutes ago
1 min read
Sidang media Ikatan Ilmuwan Islam Mengenai Dasar Dan Tadbir Urus (IITQAN)
Sidang media Ikatan Ilmuwan Islam Mengenai Dasar Dan Tadbir Urus (IITQAN)

Pendedahan berkaitan Laporan RCI tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai isu politik atau sejarah pengurusan sesebuah institusi tetapi sebagai satu bentuk pengajaran.


Badan bukan Kerajaan (NGO), Ikatan Ilmuwan Islam Mengenai Dasar Dan Tadbir Urus (IITQAN) berkata, isu berkaitan penyelewengan yang didedahkan tidak wajar menjadi isu semasa sahaja, sebaliknya perlu diterjemah kepada kempen mengenai amanah, integriti, tadbir urus dan pengurusan dana umat Islam.


Sehubungan itu, Timbalan Pengerusi IITQAN, Dr Ahmad Rahman Songip berkata, pihaknya menggesa empat perkara daripada kerajaan berkaitan perkara itu.


"Pertama, RCI TH mesti menjadi bahan pendidikan masyarakat, kedua audit forensik perlu dilaksanakan secara telus dan profesional.


"Ketiga, pisahkan kuasa politik dari terlibat dalam keputusan pelaburan dan keempat reformasi mesti bersifat institusi dan jangka panjang," katanya dipetik laporan media.


Dr Ahmad Rahman ditemui pemberita selepas solat Jumaat di Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi.


"IITQAN menyaran dan menggesa supaya semua pihak, kerajaan, pengurusan TH, ahli lembaga, pengawal selia, ahli akademik, ulama, profesional kewangan, media dan masyarakat supaya menjadikan pengalaman Tabung Haji sebagai satu kajian kes nasional mengenai kepentingan tadbir urus dalam pengurusan institusi awam," tambahnya.


Untuk rekod, RCI TH bagi tempoh 2014 hingga 2020 telah diisytiharkan sebagai dokumen terbuka dan disiarkan secara rasmi oleh JAKIM pada 29 Julai 2026.


Laporan itu mendedahkan krisis kewangan yang kritikal akibat kelemahan tadbir urus, amalan "perakaunan kreatif", serta pelaburan bermasalah bagi tempoh 2014 hingga 2020.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page