top of page

Keperluan kaji, mansuh undang undang tidak untungkan rakyat Sarawak



Terdapat keperluan untuk mengkaji, meneliti dan memansuhkan undang undang yang tidak atau kurang menguntungkan rakyat, terutama Bumiputera Sarawak yang telah berkuatkuasa sejak berdekad lalu.


Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sarawak, Roland Engan, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri perlu mengadakan sesi pendengaran awam untuk mengkaji semula undang-undang yang didapati menekan rakyat negeri itu.


Katanya, dalam beberapa siri pertemuan beliau dengan masyarakat tempatan yang terkesan akibat pengambilan tanah untuk tujuan pembangunan, pemberian pajakan sementara untuk perladangan dan sebagainya, hak rakyat bawahan tidak terbela sepenuhnya dalam undang undang sedia ada.


"Saya mendapati terdapat undang-undang yang menekan masyarakat yang digubal semasa rejim terdahulu masih dikekalkan sehingga ke hari ini.


"Contohnya, Seksyen 5(7) Kanun Tanah Sarawak 1958 iaitu suatu peruntukan undang-undang yang hanya dimasukkan dalam Kanun Tanah Sarawak 1958 pada tahun 1996/97.


"Dengan berkuatkuasanya seksyen ini maka semua tanah negeri diandaikan adalah bebas daripada hak adat Bumiputera kecuali dibuktikan sebaliknya.


"Kesan negatif seksyen ini ialah masyarakat Bumiputera Sarawak itu sendiri yang dipertanggungjawabkan untuk mengemukakan bukti kukuh tentang kewujudan hak adat Bumiputera atas tanah negeri," katanya dalam satu kenyataan.


Namun, tambah Roland, dalam banyak kes pencerobohan tanah adat Bumiputera, bukti-bukti di lapangan telah pun hilang akibat dirosakkan pihak penceroboh dan dalam banyak kes, pencerobohan berlaku tanpa pengetahuan penduduk.


Selain itu, katanya, terdapat banyak undang-undang lain yang menekan rakyat yang perlu dikaji semula atau dimansuhkan segera.


"Langkah mengadakan lebih banyak pendengaran awam dan mendokumenkan dapatan dapatan yang diperolehi untuk perhatian dan tindakan Kerajaan seharusnya dipercepatkan.


"Dengan adanya pendengaran awam yang jelas maka organisasi pertubuhan sivil atau NGO, parti politik, ahli akademik, pusat-pusat ibadat dan wakil kampung kampung boleh dilibatkan agar dapatan dapatan yang diperolehi nanti lebih tepat dan lebih menyeluruh.


"Akhirnya, dengan mengambilkira dapatan dapatan tersebut maka undang undang dan polisi yang terbaik untuk rakyat Sarawak dapat diwujudkan oleh kedua-dua Kerajaan mengikut keperluan sedia ada dan keperluan perubahan zaman," Kata Roland lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page