top of page

Kempen media sosial desak Muhyiddin berundur



Gabungan Reformis Malaysia (GRM) meneruskan desakan agar Perdana Menteri (PM) Muhyiddin Yassin berundur setelah kehilangan majoriti dalam kalangan Ahli-ahli Parlimen pada 22 September lalu.


Salah satu gabungan GRM, NGO Otai Reformis 1998 mencadangkan rakyat prihatin melakukan kempen di media sosial meminta peralihan kuasa segera berlaku.


Menurut Timbalan Presiden Otai, Mustapha Mansor Amer Mohd Isa, netizen berhak menyuarakan rasa tidak puas hati mereka kepada pentadbiran Perikatan Nasional (PN) dengan menganjurkan flashmob dan sebagainya.


"Kita minta teman-teman, orang masjid, orang surau, kalau ibu-ibu ada pengajian fekah, tajwid apa salahnya anda memberi sokongan (dalam majlis doa).


"(Atau) buat video singkat. Misalnya, tajuk 'PN tiada mandat rakyat', 'DS Anwar Ibrahim #PM Malaysia 9', 'Menjunjung kasih Tuanku', 'DS Anwar mewakili mandat rakyat', 'Daulat Tuanku'.


"Kenapa penting dibuat? Sebab seluruh dunia menunggu. Saya yakin hari-hari wartawan antarabangsa akan menghubungi Wisma Putra atau menteri luar bertanyakan apakah status terkini (peralihan kuasa di Malaysia)


"Saya menyeru seluruh jaringan. NGO Otai, NGO veteran tentera kita dengar apa arahan seterusnya dari penyelaras kita. Tidak salah dari segi undang-undang buat flashmob di mana sahaja untuk membangkitkan kesedaran rakyat. Ini penegasan dari pihak Otai Reformis 98," katanya dalam sidang media bersama GRM semalam.


Dalam pada itu, Mustapha yang juga You Tuber terkenal membawakan persoalan netizen mengapakah sukar sekali untuk Anwar diterima sebagai PM?


Sedangkan, katanya, sultan-sultan tidak ada masalah menerima pertukaran kerajaan dari Pakatan Harapan kepada PN di beberapa negeri sebelum ini dengan satu sidang media dan Akaun Berkanun (SD) dipersembahkan.


"Jadi yang dipersoalkan netizen kenapa di Kedah cepat sangat diambil tindakan. Diumumkan, walau belum bertemu Sultan tetapi diumumkan 'kami telah mempunyai majoriti dan berhak berkuasa'. Tak sampai satu minggu Sultan Kedah bertemu dan menerima SD tersebut dan beliau (pemimpin Pas) menjadi MB, sama dengan di Johor. Tetapi ada apa ini (situasi Anwar)?" tanyanya.


Oleh itu, Mustapha menggesa peralihan kuasa dilakukan secara harmoni sebagaimana di Perak, Johor, Kedah dan Melaka.


Katanya, kesemua peralihan kuasa tersebut berasaskan alasan pihak yang memerintah kehilangan majoriti. Alasan sama yang dibentangkan Anwar dalam sidang media di Hotel Le Méridien, Selasa lalu.


Beliau turut membawakan hujah al Quran surah Ali Imran ayat 26, bagaimana kuasa yang diberikan oleh Allah swt kepada seseorang atau atau satu kelompok. Dan Tuhan juga yang berkuasa mencabut kekuasaan itu. Sebagai hambanya di muka bumi, kata Mustapha, hendaklah patuh kepada ketentuan Ilahi.


Semalan GRM mengumumkan akan menggerakkan kempen flashmob kesedaran bahawa kerajaan PN telah hilang majoriti di seluruh negara bermula minggu ini.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page