GRM lancar flashmob fotografi sokong Anwar PM9
Gabungan Reformis Malaysia (GRM) menyeru agar rakyat menganjurkan flashmob fotografi bagi menyokong usaha Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagai Perdana Menteri (PM) ke 9. Koordinator GRM, Mustaffa Kamil Ayub (gambar, kiri) berkata, flashmob fotografi dilaksanakan bagi menggantikan himpunan fizikal yang dirancang diadakan di seluruh negara bermula pada 3 Oktober lalu. Katanya, pandemik Covid 19 yang masuk ke fasa gelombang ketiga tidak memungkinkan himpu