top of page

Kejohanan Pickleball MADANI 2026 bilancar, bakal berlangsung Jun Ini

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read
Mazli Saring (dua dari kanan) dalam majlis Pelancaran Pertandingan Kejohanan Pickleball MADANI 2026
Mazli Saring (dua dari kanan) dalam majlis Pelancaran Pertandingan Kejohanan Pickleball MADANI 2026

Majlis Pelancaran Pertandingan Kejohanan Pickleball MADANI 2026 telah berlangsung pada 12 April lalu di MASDEA, Bandar Puchong Jaya, Selangor.


Kejohanan tersebut dijadualkan berlangsung selama tiga hari bermula 5 hingga 7 Jun 2026 di Dinkit Pickleball, Kota Kemuning, Shah Alam.


Menurut penganjur, pelancaran kejohanan itu menjadi langkah awal dalam memperkenalkan serta mengembangkan sukan pickleball dalam kalangan masyarakat, selaras dengan semangat gaya hidup sihat dan inklusif.


Antara yang hadir dalam majlis pelancaran itu ialah Andrew Tan selaku Presiden Malaysia Professional Skill Development Education Association (MASDEA), serta Mazli Saring mewakili Presiden Pertubuhan Media Komunikasi Nasional Malaysia, YB Kamri.


Turut hadir ialah Abdul Rachman, Muhd Syahir Iman, Azizi Anas (Founder of Azizi Anas Society Group), Terens Pang (President of World Digital Identity and Currency Authority UN Sustainable Development Goal), Hou Yuan Foo (President of LLG Cultural Development Center Berhad) serta Jack Lim (Networking of Bukit Bintang Communities).


Kejohanan Pickleball MADANI 2026 dijangka menarik penyertaan pelbagai peringkat pemain serta menjadi platform memperluas jaringan komuniti sukan selain memupuk semangat perpaduan dalam kalangan peserta.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page