KEADILAN 'The Grand Coalition' sebenar

Updated: Dec 18, 2020



Oleh: Danish Hairudin


Muktahir ini satu persepsi baru iaitu "The Grand Coalition" atau gabungan antara parti secara total sedang dimainkan oleh pemain-pemain politik daripada Perikatan Nasional mahupun dalam kalangan Pakatan Harapan. Apa yang pasti ialah persepsi ini tidak dimainkan dalam kalangan ahli politik KEADILAN. Ulasan saya lebih tertumpu kepada cadangan "Grand Coalition" antara parti pembangkang yang pada mulanya dilontarkan oleh parti Warisan dan disambut oleh Individu yang tidak berparti iaitu Tun Dr Mahathir.


Hari ini tanggal 17 Disember, kenyataan bersama pemimpin AMANAH dan DAP tanpa pemimpin KEADILAN secara tersirat cuba menyambut lontaran persepsi "Grand Coalition" oleh ketua parti yang telah tewas dalam pilihan raya negeri Sabah. Mereka ini semua seperti tidak keruan dalam melihat kerangka yang lebih besar yang telah dibawa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan KEADILAN itu sendiri.


Terbukti gagal


Segelintir pihak cuba menunding jari kepada Datuk Seri Anwar atas kegagalan pembangkang menolak Belanjawan 2021 baru-baru ini. Pihak-pihak ini sebenarnya cuba mencari alasan untuk "menghalalkan" percintaan mereka bersama pasangan yang terlanjut usia dan telah terbukti gagal dalam memimpin keluarga dan berlaku curang sehingga runtuhnya sebuah keluarga yang diretui oleh rakyat pada pilihan raya umum (PRU) umum yang lalu.

Danish Hairudin

Hari ini mereka masih bermain cinta dan sudah mula memberi reaksi yang lebih terbuka dengan niat cuba menyingkirkan Datuk Seri Anwar dan KEADILAN sebagai ahli keluarga yang telah bersama lebih 20 tahun. Pendapat saya, ini adalah satu tindakan untuk menekan Datuk Seri Anwar dan PKR itu sendiri untuk bersama dengan seorang yang telah mengkhianati keluarga.


KEADILAN satu-satunya parti berbilang kaum di Malaysia yang membawa aspirasi setiap kaum tanpa ada sedikit pun menidakkan hak kaum lain yang telah terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan. KEADILAN telah membuktikan representasi mereka di Dewan Rakyat adalah sebuah parti yang diterima secara menyuluruh oleh setiap kaum. Tiada satu parti politik di Malaysia yang dapat menyatukan pelbagai kaum dalam sebuah parti dan mempunyai bilangan Ahli Parlimen yang ramai di dewan Rakyat melainkan KEADILAN.


KEADILAN juga satu-satunya parti yang mempunyai 222 buah organisasi cabang yang lengkap di setiap 222 konstitusi parlimen dan ahli yang lebih daripada 1 juta orang. Jangan kamu bongkak dan sombong untuk menekan Datuk Seri Anwar dan parti keramat ini, KEADILAN adalah "The Real Grand Coalition" yang telah dibuktikan berjaya diterima setiap lapisan masyarakat. Parti yang membela setiap hak kaum yang ada di bumi Malaysia tanpa menidakkan hak kaum lain dan hak keistimewaan bumiputera yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.


Aspirasi setiap rakyat


Belum pernah dan tidak akan ada parti politik selain KEADILAN yang berjaya membawa aspirasi setiap rakyat Malaysia. Parti-parti lain perlu sedar, KEADILAN bukan parti setahun jagung yang perlu mengharapkan ehsan individu yang tidak berparti dan mengaharapkan pemimpin parti yang telah tewas dalam PRN Sabah baru-baru ini.


Dengan segala kekuatan yang telah ada dan pengalaman yang penuh onak duri, saya yakin dan percaya KEADILAN yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar boleh bergerak sendiri sebagai satu "The Grand Coalition" yang sebenar. Menggarapkan segala kekuatan di peringkat akar umbi dan pemimpin parti yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kaum sudah pasti tiada tempat untuk rakan-rakan sendri menikam sekali lagi.


KEADILAN parti masa hadapan rakyat Malaysia!


Danish merupakan aktivis politik di Selangor. Beliau merupakan Pegawai Khas Ahli Dewan Negeri Selangor N48 Sentosa

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER