top of page

KEADILAN tambah satu kerusi, tanding 10 DUN pada PRN Melaka

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
36 minutes ago
1 min read
Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Dr Fuziah Salleh. Gambar arkib
Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Dr Fuziah Salleh. Gambar arkib

KEADILAN menambah satu lagi kerusi untuk ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, menjadikan keseluruhan 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), berbanding sembilan diumumkan sebelum ini.


Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata kerusi tambahan itu ialah DUN Air Limau yang akan ditandingi Mejar Jaini.


"(Pada) masa umum calon, sembilan kerusi, tetapi pada hari ini kita sudah menambah satu lagi. Jadi, 10 kerusi yang akan ditandingi oleh KEADILAN.


"Tambahan itu DUN Air Limau, calonnya Mejar Jaini," katanya.


Menurut Fuziah, penambahan itu turut menjadikan jumlah kerusi yang ditandingi Pakatan Harapan (PH) meningkat daripada 21 kepada 22, tertakluk kepada sebarang penambahan oleh parti lain.


Dalam perkembangan sama, beliau berkata sudah turun ke semua bilik gerakan utama bagi kerusi yang ditandingi KEADILAN untuk meninjau persiapan jentera menghadapi hari penamaan calon, Sabtu ini, 31 Oktober.


Katanya, beliau berpuas hati dengan persiapan yang meliputi gerak kerja jentera, bilik gerakan, data dan logistik.


"Setakat ini saya berpuas hati dengan semua persiapan mereka, jentera, bilik gerakan, data, logistik dan pada waktu ini mereka bersedia menghadapi hari penamaan calon pada Sabtu ini," katanya.


Mengulas penganjuran sambutan Deepavali lebih awal di Melaka, Fuziah berkata langkah itu dibuat sebelum hari penamaan calon bagi mengelakkan sebarang isu berkaitan pemberian sumbangan dalam tempoh pilihanraya.


Beliau menjelaskan, selepas 31 Oktober, sebarang sumbangan tidak boleh diberikan dan melanggar peruntukan undang-undang pilihanraya.


"Jadi kita mengawalkan sambutan Deepavali. Mungkin pada sambutan itu ada sumbangan diberikan, jadi kita mengawalkannya sebelum hari penamaan calon," katanya.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page