top of page

KEADILAN Sarikei bantu ibu muda dapatkan alat oksigen untuk bayi kembar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 days ago
  • 2 min read
Bruce Yee (berkaca mata) memberi bantuan kepada ibu muda
Bruce Yee (berkaca mata) memberi bantuan kepada ibu muda

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Sarikei, Sarawak menghulurkan bantuan kewangan kepada seorang ibu muda yang baru melahirkan bayi kembar bagi membantu keluarga tersebut mendapatkan alat oksigen untuk salah seorang bayi yang memerlukan rawatan lanjut.


Ketua Cabang KEADILAN Sarikei, Bruce Yee berkata, bantuan itu diberikan selepas pihaknya dimaklumkan mengenai keadaan bayi tersebut yang masih memerlukan sokongan oksigen selepas dibenarkan pulang ke rumah.


Menurut beliau, ibu muda tersebut pada awalnya menerima rawatan di Hospital Sarikei sebelum dirujuk ke Hospital Sibu dan seterusnya ke Hospital Umum Sarawak melalui helikopter khas yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Bayi kembar tersebut kemudian menerima rawatan khas selama kira-kira 40 hari di hospital berkenaan.


"Semasa keluarga muda ini dalam detik kegembiraan menyambut kehadiran bayi kembar ini, antara satu bayi kembar ini terpaksa perlu menjalani sedikit pembedahan kecil selepas dilahirkan," katanya dalam satu kenyataan.


Selepas dibenarkan pulang ke rumah panjang mereka di Rumah Panjang Stumau, Meradong, salah seorang bayi tersebut masih perlu bergantung kepada alat oksigen buat sementara waktu.


Bruce berkata pihak KEADILAN Sarikei turut merakamkan penghargaan kepada Balai Bomba Bintangor yang membantu membekalkan alat oksigen elektrik kepada keluarga tersebut sebaik bayi berkenaan tiba di rumah.


Namun, situasi mencemaskan berlaku apabila rumah panjang tersebut terputus bekalan elektrik, menyebabkan alat oksigen elektrik tidak dapat berfungsi.


"Ibu muda berkenaan terpaksa membawa bayi itu ke bilik kecemasan di klinik Bintangor untuk mendapatkan oksigen," katanya.


Berikutan kejadian tersebut, ibu berkenaan memaklumkan kepada pasukan KEADILAN Sarikei mengenai keperluan mendapatkan alat oksigen jenis silinder yang tidak bergantung kepada bekalan elektrik sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya gangguan bekalan elektrik berlaku lagi.


Menurut Bruce, pasukannya segera menyalurkan bantuan kewangan awal bagi membantu keluarga itu mendapatkan peralatan berkenaan dengan segera.


"Pasukan saya segera menyediakan sedikit bantuan awal kepada ibu muda ini supaya mampu meringankan beban kewangan keluarga ibu muda ini untuk mendapatkan alat oksigen dengan segera tanpa lewat," katanya.


Beliau turut berharap bayi kembar tersebut akan pulih sepenuhnya dan membesar dengan sihat seperti abang kembarnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page