top of page

KEADILAN Petra Jaya anjur program petrol percuma sempena Tahun Baharu Cina

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 18 hours ago
  • 1 min read
KEADILAN Petra Jaya mengagih baucar petrol sempena Tahun Baharu Cina
KEADILAN Petra Jaya mengagih baucar petrol sempena Tahun Baharu Cina

Oleh: Azuan Ab Rahman


KEADILAN Petra Jaya telah menganjurkan Program Sumbangan Petrol Percuma “Petra Jaya Kita” bersempena sambutan Tahun Baru Cina.


Ketuanya, Nur Jafni Abdullah menerusi satu kenyataan berkata, program tersebut merupakan antara inisiatif pihaknya membantu meringankan beban kos sara hidup masyarakat setempat, khususnya golongan yang menggunakan motosikal sebagai pengangkutan utama harian.


Ia juga sebagai simbol kebersamaan dan keharmonian masyarakat di sekitar Parlimen Petra Jaya.


"50 pemilik motosikal menerima manfaat sumbangan petrol percuma ini, yang secara langsung memberi kelegaan kepada penerima dalam menghadapi peningkatan kos keperluan asas serta perbelanjaan harian.

Baucar petrol
Baucar petrol

"Program ini mencerminkan penerapan nilai-nilai MADANI yang menekankan prinsip keprihatinan, kesejahteraan, hormat-menghormati serta semangat perpaduan dalam kepelbagaian kaum dan budaya," katanya.


Nur Jafni menerusi kenyataan sama turut memaklumkan, inisiatif seperti itu akan diteruskan dari masa ke semasa bagi memastikan kebajikan komuniti sentiasa menjadi keutamaan.


Inisiatif tersebut juga sebagai usaha KEADILAN Petra Jaya mendekati rakyat, sekaligus lebih memahami keperluan mereka.


"Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini, KEADILAN Petra Jaya mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh masyarakat yang meraikannya," tambah kenyataan tersebut.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page