KEADILAN Istiqamah Bersama Nasib Rakyat di PRU 15



Oleh: Mustaffa Kamil Ayub


ULASAN: Era perjuangan KEADILAN telahpun memasuki dekad ketiganya setelah dua dekad berlalu dengan penuh warna warni. Dekad pertama 1998-2008, meletakkan asas-asas penting perjuangan KEADILAN. Manakala dekad kedua 2008-2018 memulai lakaran terjemahan perjuangan KEADILAN melalui pelbagai ruang yang tercipta terutamanya melalui beberapa kerajaan negeri. Dekad ketiga bermula ditahun 2018 meluaskan lagi medan perlaksanaan Agenda Reformasi Malaysia di pentas Kerajaan Malaysia walaupun ditandai dengan pelbagai cabaran kemudiannya.


Sesungguhnya sepanjang perjalanan KEADILAN ini, sosok Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI), Bapa Reformasi adalah watak terpenting yang mewarnainya. Ini didukung kuat oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ibu Reformasi dan Nurul Izzah Anwar, Puteri Reformasi.


Pelbagai kalangan dengan kepelbagaian latarbelakangnya, melengkapkan perjuangan mengukir sejarah baharu Malaysia.


Kronologi perjuangan


Susur galur perjuangan KEADILAN, jatuh bangun rebah bangkitnya, dapat ditelusuri daripada kronologi berikut;


2 September 1998 - Pemecatan DSAI daripada jawatan TPM


6 September 1998 - Pewujudan GERAK. Almarhum Ust Fadhil Noor menjadi Pengerusi.


10 September 1998 - Road Show pertama DSAI di Rumah Pak Kudus (Tg Karang).


12 September 1998 - Deklarasi Permatang Pauh.


20 September 1998 - Perhimpunan di Masjid Negara ke Dataran Merdeka seramai kira-kira 200,000.


20 September 1998 - DSAI ditangkap dengan cara yang cukup tragis.


10 Disember 1998 - Pelancaran ADIL di Bukit Damansara dengan Dato Seri Dr Wan Azizah selaku pengerusi penajanya.


4 April 1999 - Pelancaran keADILan di Hotel Renaissance KL. DS Dr Wan Azizah selaku Presiden, wanita pertama selaku Presiden parti politik Malaysia.


18 September 1999 - Demonstrasi isu keracunan arsenik DSAI di Masjid Negara.


24 Oktober 1999 - Pelancaran Barisan Alternatif BA di Hotel Federal KL menggabung keADILan, PAS, DAP dan PRM.


29 November 1999 - PRU 10. Dianggarkan 65% pengundi Melayu bersama BA.


3 Ogos 2003 - Penggabungan Parti Keadilan Nasional (keADILan) & PRM menjadi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).


2004 - PRU 11, hanya DSWA 1 kerusi keADILan, Permatang Pauh akibat pengundi Melayu majoritinya kembali ke BN.


2 September 2004 - DSAI dibebaskan dan mendapat rawatan di German.


10 November 2007 - Demonstrasi BERSIH 1.0 di KL.


8 Mac 2008 - PRU 12. Selangor, Perak, PPinang, Kedah dan Kelantan diambil alih oleh PR. Majoriti pengundi bukan Melayu menyokong PR.


Mac 2008 - Pembentukan rasmi Pakatan Rakyat, PR menggabungkan KEADILAN, PAS & DAP.


Ogos 2008 - PRK Permatang Pauh, DSAI menggantikan DS Dr Wan Azizah selaku Ahli Parlimennya.


5 Februari 2009 - Rampasan kuasa di Perak. Sidang DUN bawah pokok.


9 Julai 2011 - Demonstrasi BERSIH 2.0 di KL.


28 April 2012 - Demonstrasi BERSIH 3.0 di KL dan 85 bandar seluruh dunia.


5 Mei 2013 - PRU 13. Dakwat hitam diperkenalkan bagi mengelakkan pengundian penipuan berulang.


22 September 2015 - Pakatan Harapan, PH ditubuhkan menggabungkan KEADILAN, DAP & AMANAH.


5 September 2016 - Tun M bertemu DSAI di mahkamah KL dan PH menambah anggotanya bersama BERSATU.


9 Mei 2018 - PRU 14. Putra Jaya di ambilalih oleh PH. PH 113, BN 79, PAS 18, Warisan 8.Tun M selaku PM dengan perjanjian 2020 diambil alih oleh DSAI selaku PM8.


Ogos 2018 - PRK Port Dickson, DSAI selaku ahli Parlimen baharunya.


Februari 2020 - Langkah Sheraton, PN 1.0, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku PM.


11 Julai 2020 - Pelancaran Gabungan Reformis Malaysia menggabungkan 10 NGO pro reformasi.


September 2021 - PN 2.0, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob PM.


November 2022 - PRU 15 di musim amaran banjir.


Gembleng kekuatan demi kemenangan

Mustaffa Kamil Ayub

Pada 10 Oktober 2022 Parlimen telahpun dibubarkan dan PRU 15 akan diadakan dalam tempoh terdekat. Sesungguhnya masa hadapan terus meminta kita bersama mengembleng semua kekuatan, muda dan senior, bandar dan desa, miskin dan kaya, Melayu, Cina, India, Kadazan, Dayak dan seluruh warga. Peranan semua pihak memperkemaskan lakaran strategik Selamatkan Malaysia sekaligus membina Malaysia dengan idealisme Masyarakat Madani serta menerajui Globalisasi Manusiawi.


"Sesungguhnya ALlah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, sehingga kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada dirinya (Ar-Raad, 11)"


Refleksi Kongres KEADILAN 2022


Kongres 2022 KEADILAN telahpun melabuhkan tirainya dan bersama kita melangkah kehadapan. Tahniah kepada yang menang dan syabas kepada yang tewas dalam Pemilihan 2022 KEADILAN.


Kita telah pun bersama dengan penegasan semula fokus PRU 15 sebagai pasukan KEADILAN dan bukan meneruskan persaingan dalaman.


Pembentukan jawatankuasa (JK) Pusat, JK negeri dan JK Cabang perlulah inklusif. Menang dan tewas mesti dirangkul bersama. Program penerangan dan latihan diperhebatkan.


Angkatan Muda KEADILAN dan Wanita KEADILAN tunggak aktivisme parti. Bersama merangka kehadapan di samping menelaah serta menghargai Dua Dekad Gerakan Reformasi dalam meneruskan Agenda Reformasi Malaysia.


Kita akan masuk dalam medan perang pilihan raya sebagai satu ketumbukan yang kuat, padu dan bersemangat jitu


Sesungguhnya perjuangan menuntut kepada pengorbanan dan kesetiaan. Sekali-kali kita tidak akan melayan "insurbordination".


Mesej bersama untuk Pejuang KEADILAN dapat simpulkan daripada beberapa pantun berikut;


Biduk lalu kiambang bertaut

Kapal layar kita labuhkan

Biar kukuh tempat berpaut

Parti KEADILAN kita teguhkan


Jauhi pembodek nyahkan pencacai

Pilih pemimpin individu mithali

Biar badan hancur berkecai

Menyembah koruptor jauh sekali


Rumah besar tidak dihuni

Sunyi sepi sudahlah pasti

Menang dan kalah kita santuni

Pasukan utuh memperkasakan parti.


Pejuang rakyat berikan harapan

Negara tercinta kita selamatkan

Wanita dan pemuda barisan hadapan

Jangan dilupa mereka yang memulakan.


Ke tengah tasik umpan dibaling

Niat memancing si ikan belukang

Gerakan rakyat kita gembeling

Pelbagai NGO dan latar belakang


Si Kitol runtuhkan harapan

Khianati mandat seperti pencuri

Adab menegur biar bersopan

Jauhi ego dan tinggi diri


Tangisan Kak Wan menusuk hati

Namun amaran jelas sekali

Api dalam sekam memusnah parti

Musuh dalam selimut melemahkan ahli.


PRU 15 sesungguhnya memerlukan pasukan KEADILAN yang mantap, menangkap imiginasi anak muda, menyantuni sensitiviti Melayu serta wujudkan persefahaman baharu politik.


Semoga Allah swt merahmati perjuangan kebenaran dan keadilan.


________________________________________________________________________________

Penulis merupakan mantan Timbalan Ketua Pemuda keADILan, Mantan Pemangku Ketua Pemuda keADILan, Mantan Setiausaha Agung dan Mantan Naib Presiden KEADILAN.

0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER