top of page

Ayam Melambung: Kembalikan Ketuanan Pengguna



Oleh: Atiqah Syairah Shaharuddin


Isu berkaitan harga ayam dan kegagalan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam melindungi hak pengguna hangat diperdebatkan kini. Walaupun antara langkah popular yang sering dilaksanakan di peringkat kementerian adalah kawalan harga dan sesi libat urus, namun hal ini masih lagi belum tuntas di peringkat akar umbi.


Antara punca kenaikan harga ayam yang dikemukakan oleh Penasihat Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) adalah kerana kos anak ayam dan kos dedak yang makin meningkat. Bahkan, terdapat dakwaan yang mengatakan harga ayam meningkat disebabkan pihak ladang terpaksa membayar gaji dan upah pekerja tempatan. Namun demikian kesan-kesan terhadap kenaikan harga ayam ini tampak jelas membekas kepada pengguna secara keseluruhan walaupun beberapa syarikat mengaut keuntungan.


Ekonomi rakyat terbeban


Umumnya eksport dan Tahap Sara Diri bagi ayam pedaging juga masih tinggi. Meskipun industri ayam daging secara komersial di Malaysia berkembang dan menyumbang kira-kira RM12 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), isu kenaikan harga ayam ini masih merunsingkan kebanyakan pengguna.


Kesan terhadap kenaikan harga ini ketika ekonomi rakyat mengalami kerencatan bertambah buruk tatkala sebuah syarikat ayam pedaging dilihat mampu mencatat keuntungan bersih sebanyak RM30.50 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2021. Pastinya syarikat mega ini yang mampu untuk menjual dengan harga lebih rendah di pasar raya, dan sukar untuk disaingi oleh penternak kecil-kecilan lain.


Nah, ini menunjukkan fakta yang diberikan oleh pihak berwajib berkait kenaikan harga ayam adalah bersifat berat sebelah kerana secara dasarnya masih ada syarikat yang mengaut keuntungan dalam musim pandemik ini. Syarikat untung berjuta ringgit, tetapi rakyat terpaksa tanggung kenaikan harga ayam.


Kementerian mesti beri solusi


Penulis dengan ini menyeru semua pihak yang terkesan secara langsung mahupun tidak langsung dengan kenaikan harga ayam ini terus mendesak kementerian agar memberikan solusi tuntas. Kementerian Sumber Manusia perlu memberikan penjelasan berkenaan status pekerja tempatan dalam sektor 3D, dan di mana data terbabit boleh diteliti?


Di sinilah terpasaknya nilai ketuanan pengguna dan kita tidak mahu sikap acuh tak acuh kementerian dalam menyediakan garis panduan.

Penulis juga menyeru agar pihak KPDNHEP memastikan sesi libat urus tidak hanya melibatkan syarikat besar, tetapi juga penternak-penternak kecil dan pemegang taruh di segenap peringkat.


__________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Ketua Srikandi KEADILAN Cabang Tanjong Karang, Selangor

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page