top of page

Kaji ‘Titik Ambang’ harga diesel tidak mampu diserap, lindungi industri, PMKS

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 5 hours ago
  • 1 min read

Kerajaan disaran menjalankan kajian segera bagi mengenal pasti “titik ambang” harga diesel susulan peningkatan mendadak kos bahan api yang kini memberi tekanan serius kepada sektor industri.


Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Kepong, Jeremy Ang berkata, titik ambang tersebut merujuk kepada paras harga di mana industri tempatan tidak lagi mampu menyerap kos operasi dan terpaksa menghentikan aktiviti perniagaan.


"Beberapa sektor utama seperti pembinaan, logistik dan pengangkutan pelancongan kini dilihat semakin menghampiri titik ambang tersebut.


"Dalam keadaan tertentu, kontraktor mungkin mendapati bahawa menghentikan kerja dan membayar Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan (LAD) adalah lebih rendah kos berbanding meneruskan operasi dengan harga bahan api semasa," katanya dalam kenyataan.


Tambah beliau, sekiranya titik ambang ini ditembusi, ia berpotensi mencetuskan gangguan rantaian bekalan serta kesan domino inflasi yang memberi tekanan kepada ekonomi dan pengguna.


"Sekiranya paras kritikal ini ditembusi, gangguan kepada rantaian bekalan boleh berlaku dan mencetuskan kesan domino inflasi yang memberi tekanan kepada ekonomi serta pengguna," katanya.


Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan bekerjasama rapat dengan pemain industri bagi merangka pelan mitigasi nasional yang komprehensif.


"Kerajaan disaran bekerjasama rapat dengan pemain industri untuk mengenal pasti titik ambang harga diesel serta merangka pelan mitigasi nasional yang merangkumi sokongan kewangan kepada PMKS, insentif cukai sementara dan galakan pelaburan dalam teknologi kecekapan operasi," ujarnya.


Menurutnya, langkah proaktif amat penting bagi memastikan daya tahan ekonomi negara terus terpelihara sebelum tekanan kos bertukar menjadi krisis operasi yang lebih besar.


"Langkah proaktif ini penting bagi memastikan daya tahan ekonomi negara dapat dipelihara sebelum tekanan kos bertukar menjadi krisis operasi yang lebih besar," katanya lagi.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page