top of page

Jangan putar belit, RCI TH bermula era pemerintahan BN-PN - Mahfuz

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • 1 day ago
  • 2 min read

Pas dan Umno digesa berhenti 'memutar' kronologi penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji kerana proses berkenaan bermula ketika mereka berada dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada 2020 - 2022, kata Datuk Mahfuz Omar.


Naib Presiden AMANAH itu menegaskan, RCI tidak lahir selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.


Sebaliknya kata Mahfuz, ia bermula pada 2021, ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin memegang jawatan sebagai Perdana Menteri dan ditubuhkan secara rasmi pada tahun yang sama.


"Laporannya (pula) siap pada 2022, ketika Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri dengan Pas berada dalam kerajaan pada tempoh tersebut.


"Maka jangan jadikan perkembangan politik 2026 sebagai alasan untuk menulis semula sejarah antara 2020 sehingga 2022. Jangan pusing jam sejarah.


"Rakyat boleh baca tarikh. Kepada mereka yang bertanya mengapa laporan itu baru didedahkan, jangan hanya tanya siapa yang membuka fail pada 2026. Tanya juga siapa yang memegang kerajaan ketika fail itu ditubuhkan pada 2021 dan siap pada 2022," katanya menerusi satu kenyataan.


Oleh itu, ujar Mahfuz, pembangkang dicabar mengemukakan bantahan berasaskan fakta sekiranya tidak bersetuju atau sekiranya mereka mendapati dapatan laporan RCI berkenaan bercanggah.

Datuk Mahfuz Omar
Datuk Mahfuz Omar

"Kalau mereka berpendapat cadangannya tidak baik, kemukakan cadangan yang lebih baik.


"Kalau mereka berpendapat tiada masalah tadbir urus, jelaskan mengapa RCI membuat penemuan sedemikian.


"Tetapi jangan takut (tentang) isi laporan, lalu serang orang yang membuka laporan. Macam surat yang ditulis pada 2021, siap dan pos pada 2022.


"Siapa pun tak buka, tetapi apabila surat itu akhirnya dibuka pada 2026, orang yang membuka sampul pula dituduh sebagai penulis surat. Itu tidak masuk akal," katanya secara sinis.


Pas dan Umno saling melindungi berhubung dapatan RCI yang didedahkan sejak bulan lalu. Sebelum ini pemimpin Pas antara yang lantang mencabar RCI didedahkan kerana mendakwa kerajaan Pakatan Harapan 1.0 (2018 - 2020) telah bertindak menjual aset orang Islam dalam TH kepada bukan Islam dengan alasan syarikat induk TH sedang bermasalah pada ketika itu.


Sedangan Laporan RCI yang ditubuhkan oleh mereka sendiri tidak mendapati perkara tersebut terjadi pada tahun yang didakwa.

.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page