top of page

Jaini tekad selesai gangguan haiwan liar, masalah banjir di Ayer Limau

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
12 minutes ago
1 min read
Mejar (B) Jaini Dimon (kanan) bertemu dan berdialog dengan pengundi
Mejar (B) Jaini Dimon (kanan) bertemu dan berdialog dengan pengundi

Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau, Mejar (B) Jaini Dimon, bertekad menangani masalah gangguan haiwan liar yang merosakkan tanaman petani kawasan itu.


Menurutnya, gangguan berterusan daripada haiwan liar seperti monyet dan babi hutan bukan sahaja menyebabkan kerugian, malah mematahkan semangat petani kerana penat lelah berbakti kepada tanah tidak membuahkan hasil.


Jaini berkata, sekiranya diberi mandat oleh pengundi, beliau akan mempergiat kerjasama dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Melaka bagi mengenal pasti kaedah paling sesuai untuk menangani isu berkenaan.


"Insya-Allah, saya akan berhubung lebih kerap dengan PERHILITAN Negeri Melaka untuk membantu menyelesaikan permasalahan gangguan haiwan liar seperti monyet dan babi.


"Saya akan berbincang bagaimana penyelesaian terbaik dan cepat bagi menangani masalah gangguan binatang liar ini kepada penduduk yang latar belakang mereka lebih kepada pertanian," katanya dipetik laporan media.


Beliau ditemui pemberita selepas sesi walkabout bersama penduduk pada Sabtu.


Kerusi DUN N.03 Ayer Limau menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Jaini dan penyandangnya, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer daripada Barisan Nasional (BN).


Jaini sementara itu menegaskan komitmen untuk memberi perhatian kepada masalah banjir yang kerap berlaku di kawasan berkenaan.


"Bila berlaku banjir, perabot dan pakaian semua boleh musnah. Bantuan yang diberi untuk membeli semula perabot dan barangan keperluan rumah memang jauh berbeza dengan kerugian yang ditanggung penduduk," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page