top of page

Isu Rasuah: Persatuan Sukan Harus Berlapang Dada

Updated: Dec 24, 2022



Oleh: Mohd Fauzi Fadzil


ULASAN: YB Adam Adli Abdul Halim yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan telah menetapkan fokus beliau untuk membasmi gejala rasuah dalam bidang sukan di Malaysia bagi mengangkat pencapaian sukan ke tahap yang lebih memuaskan. Beliau percaya kegagalan atlet kebangsaan untuk mencatatkan keputusan yang memuaskan di peringkat antarabangsa adalah akibat masalah korupsi.


Kenyataan tersebut turut dipersetujui oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Razim Mohd Noor, beliau menyatakan bahawa wujud aktiviti rasuah dalam industri sukan negara dari segi pengurusan dana apabila wujud pihak yang tamak atau hendak mencari cara mudah untuk mendapatkan duit sehingga dana sukan tidak sampai kepada golongan sasaran.


Respons balas negatif


Mohd Fauzi Fadzil

Usaha menangani gejala rasuah dalam industri sukan Malaysia mendapatkan kenyataan balas yang negatif daripada Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) iaitu Tan Sri Dr. Mohamad Norza Zakaria, menurut beliau kenyataan YB Adam Adli adalah tidak adil dan prejudis malah beliau meminta Timbalan Menteri Belia dan Sukan supaya menjustifikasikan dakwaan tersebut.


Kenyataan YB Adam Adli turut disambut secara negatif oleh Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) iaitu Datuk Seri Shahidan Kassim dengan menyatakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan tersebut cuba untuk memburukkan imej industri sukan Malaysia.


Hasrat dan fokus YB Adam Adli selaku Timbalan Menteri Belia dan Sukan untuk membangunkan industri sukan Malaysia sepatutnya disambut baik oleh pemegang taruh industri tersebut, setiap pemimpin berhak menentukan halatuju dan fokus kepimpinan mereka begitu juga YB Adam Adli.


Hasrat dan fokus beliau untuk menangani gejala rasuah dalam industri sukan bukanlah suatu usaha yang tidak berasas kerana gejala tersebut telah diperakui wujud oleh SPRM dalam industri sukan Malaysia. Pemegang taruh industri sukan Malaysia sepatutnya lebih sedar berkenaan penularan gejala tersebut, atau mungkin mereka cuba untuk ‘Menegakkan Benang Yang Basah’.


Sesuatu yang agak ganjil apabila Tan Sri Dr Mohamad Norza Zakaria (disusuli oleh Datuk Seri Shahidan Kassim) menjadi individu awal yang menyahut secara negatif kenyataan YB Adam Adli sedangkan kenyataan tersebut tidak ditujukan kepada mana-mana pihak (jauh sekali kepada pengurusan pertubuhan sukan). Mungkin benar kata orang tua-tua, ‘Siapa Makan Cili, Dia Terasa Pedas’.


Pemimpin tidak sehaluan elok berundur


Pemegang taruh industri sukan sepatutnya berlapang dada dan mengakui bahawa industri sukan di Malaysia tidak ‘suci’ daripada terlibat dengan gejala rasuah, perbuatan pemegang taruh industri sukan mempersoalkan pemimpin mereka memberi isyarat bahawa tiada kesatuan dalam kalangan mereka untuk mendokong hasrat dan fokus Kementerian Belia dan Sukan.


Pasukan yang lemah akan menggagalkan usaha untuk membasmi gejala rasuah dalam industri sukan di Malaysia. Justeru disarankan agar mereka yang tidak sehaluan dengan semangat pemimpin di peringkat Kementerian Belia dan Sukan untuk digantikan dengan kepimpinan baru yang lebih terbuka dan mempunyai semangat kerjasama yang tinggi.


________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Cabang Pandan


0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page