top of page

Henti serangan AS–Israel ke atas Iran, segera gencatan senjata - Wanita KEADILAN

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Mar 1
  • 1 min read
Serangan ke atas kediaman pemimpin Iran semalam memulakan perang AS-Israel ke atas Iran
Serangan ke atas kediaman pemimpin Iran semalam memulakan perang AS-Israel ke atas Iran

Tindakan ketenteraan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap Iran yang disifatkan sebagai pencabulan terhadap undang-undang antarabangsa dikecam Wanita KEADILAN Pusat.


Ketua Penerangan Wanita KEADILAN, Datuk Ginie Lim berkata, serangan tersebut jelas melanggar piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan tidak boleh dianggap sebagai tindakan mempertahankan diri yang sah di sisi undang-undang antarabangsa sebagaimana alasan kemukakan oleh kedua dua negara berkenaan.


"Tindakan agresif ini mengancam kestabilan serantau dan meningkatkan risiko konflik besar di Timur Tengah," katanya dalam satu kenyataan.

Datuk Ginie Lim
Datuk Ginie Lim

Menurut beliau, sebarang tindakan ketenteraan yang dilakukan tanpa mandat jelas komuniti antarabangsa hanya akan memburukkan lagi keadaan dan menambah penderitaan rakyat awam yang tidak berdosa.


Wanita KEADILAN turut menyatakan sokongan penuh terhadap gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyeru supaya gencatan senjata segera dan tanpa syarat dilaksanakan.


"Wanita KEADILAN menyokong penuh gesaan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim, untuk gencatan senjata segera dan tanpa syarat. Kami mendesak semua pihak menghentikan peningkatan konflik dan kembali ke meja diplomasi," tegasnya.


Untuk rekod, serangan AS dan Israel yang bermula semalam ke atas Iran setakat ini telah dibalas oleh negara itu dengan menyerang pengkalan AS di Timur Tengah, yang dijangka bakal merebakkan perang di negara negara Arab.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page